7/14/2016

Knowledge And Education


Ilmu pengetahuan dan pendidikan. 2 perkara ini sangat-sangat berkaitan antara satu sama lain. Tetapi ramai tidak sedar kaitan antara 2. Mungkin ada yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi pendidikan itu tidak diterapkan?.  Kaitan antara 2 perkara ini ialah untuk mempelajari pendidikan kita perlu ad ilmu, bagaiaman untuk kita mempelajari pendidikan tersebut. Sepanjang tempoh saya di sekolah mahupun universiti, penerapan antara pendidikan dan ilmu untuk menyerap pendidikan itu kurang diketengahkan.

Ambil sahaja contoh yang banyak dalam dunia sekarang ini, lagi-lagi dunia media sosial dimana ramai manusia yang mempunyai pendidikan ataupun ada "pendidikan" dalam sesuatu bidang, tetapi tatkala ilmu dalam penyerapan itu kurang, malah lagi menyedihkan, ia akan membuatkan mereka bertelagah antara satu sama lain. Nampak kaitannya?

Agak mengelirukan, antara contohnya ialah semua orang boleh minum air kan?. Tapi berapa ramai yang minum air akan tertumpah?. ataupun semua orang tahu sampah itu sesuatu yang perlu dibuang di tempat yang disediakan, tetapi berapa ramai yang akan buang sampah bersepah?. Pendidikan untuk minum air dan mengetahui sampah itu sampah yang perlu kita buang, hampir 99% manusia tahu mengenai pendidikan itu. TETAPI, ramai yang kurang ambil tahu mengenai kurang ilmu untuk mengadaptasikan kedalam diri mereka sendiri.


Antara lain dalam situasi ini ialah kesilapan orang untuk menuntut satu-satu pendidikan tetapi tersangat kurang dalam mengadaptasikan ilmu dalamnya. Sebagai contohnya perkara yang selalu orang bertelingkah ialah berkaitan agama, dimana murid yang kurang ilmu dalam menyerapkan pendidikan dalam diri sehingga sanggup mempertuhankan gurunya sendiri andai gurunya langsung tidak bersalah, Sebab mereka terlalu lurus dalam menyerap pendidikan tanpa mengetahui cara mahu menilai pendidikan itu dengan betul dan cara menyampai kan dengan betul, habis bertelingkah antara kita walaupun sebenarnya ianya makna yang sama. Sama juga seperti orang yang suka mendengar masalah orang lain, tetapi tidak ramai yang tahu cara mendengar yang betul, cara membantu orang yang bercerita yang betul, malah orang yang bercerita masalah itu pun tidak tahu cara menceritakan masalah dengan betul akhirnya bertelingkah sebab tukang cerita mahu berkongsi masalah tetapi mahu si pendengar melakukan apa yang si pencerita mahu. Itu salah. Si pendengar berhak untuk bertindak dari pencerita dari kesan penceritaan, itupun jika si pendengar tahu untuk ap yang akan dilakukan.

Ada juga contoh pelajar yang mempunyai sijil belajar tinggi-tinggi, tetapi tidak reti malah tidak ada sikap professional didalam diri dan lebih menyedihkan lagi bila tinggi belajar sehingga PhD, tetapi ilmu hendak buang sampah itu tiada apatah lagi kerja membersihkan rumah.


Kenapa kita tidak seimbangkan diri dalam mencari pendidikan dan ilmu untuk pendidikan itu?. Sebab fikiran pendirian kita yang terlampau mahu memenuhi kehendak industrialism sehingga kita BUTA dan BODOH akan sesuatu yang terlampau mudah seperti buang sampah atau segalanya tidak dipedulikan. Khuatir generasi akan datang keputusan periksa 10A, CGPA 4.0, tetapi ada yang hilang rasa hormat, mungkin juga hilang perikemanusiaan. Tatkala kita terlampau kejar akan sesuatu yang demi kepentingan orang lain, kita lupa asas hidup kita sendiri.
© Titian Tajdid 2014