10/30/2011

Saya Tak Boleh Terima Awak, Sebab Awak Terlalu Baik Untuk Saya


'Saya Tak Boleh Terima Awak, Sebab Awak Terlalu Baik Untuk Saya'. Itulah ungkapan yang selalu digunakan oleh seseorang untuk menolak. Adakah dengan berkata begitu hati lelaki/perempuan itu akan tenang dan terima dengan redhanya?. Adakah dengan menerima orang yang baik adalah buruk untuk seseorang itu?. Adakah seseorang perempuan/lelaki itu tidak ingin berubah jika dia menolak seseorang itu sebab dia baik?.. Antara persoalan yang bermain di fikiran mereka yang ditolak.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” (An-Nur 26)

Ya, Kata-kata Allah sememangnya benar dan tidak boleh membangkang. Allah S.W.T lagi luar pengetahuan dan lagi maha bijaksana. Tapi kita sebagai makhluknya, perlulah mengambil setiap detik pengajaran dan tauladan dari setiap titik ayat tersebut. Maksud ayat diatas ialah Allah mahu makhluknya berubah. Berubah untuk menjadi baik dan mendapat zuriat yang baik. Kita tidak boleh nak melabelkan diri kita sebagai jahat dan menolak orang yang baik. Sebab apa?. Sebab kita rasa kita ni jahat dan kahwin dengan orang jahat je. Silap. Allah mencipta yang kaya untuk membantu yang miskin, Allah mencipta yang pandai untuk membantu yang kurang pandai, Allah mencipta manusia untuk menyembah Allah, Allah mencipta bumi untuk manusia duduk.

Tapi, tidakkah pelik jika manusia itu jahat dan Allah mahukan dia bersama yang jahat dan meluaskan lagi empayar jahatnya?.. TIDAK!... Apa yang Allah hendak sampaikan ialah mahu manusia berubah mengejar yang baik dan menghindari kejahatan. Manusia sendiri sudah boleh berfikir dan memilih jalan yang mana menuju kejayaan dan jalan yang mana menuju kesengsaraan. Sebagai contoh, ada juga seseorang yang baik itu berkahwin dengan wanita yang kurang baik, sebab apa?. Sebab Allah mahukan hambanya membimbing wanita tersebut ke jalan yang baik. Allah suka yang baik, Allah memilih yang baik.

Konklusinya, fikirlah yang terbaik dan setiap perkara yang kita terima tu mesti ada risikonya. Jangan takut untuk menerima risiko tersebut dan sampai satu masa, kita akan menjumpainya kembali sebab itulah lumrah kehidupan. Bak kata pepatah 'What Goes Around, Comes Around'.

Sekian. Assalamualaikum

10/29/2011

Siapa Diri Kita? Apa Potensi Kita? Adakah Kita Kenal Diri Kita?

 
Assalamualaikum.. Pernah tidak kita duduk dan berfikir, siapa diri kita?.. Apa potensi kita?.. Apa kelebihan kita?.. Kita ni kenal tidak diri kita?.. Atau kita hanya tau nama dan no. ic kita sahaja.. Ada sesetengah orang yang masih lagi mencari-cari identiti diri mereka. Dan mereka selalu berada di dalam kekeliruan dan selalu menyalahkan diri sendiri tatkala musibah menimba mereka.

'Kenapa?.. Kenapa aku selalu jadi mangsa??. Kenapa nasib aku malang sejak 20 tahun lepas??.. Kenapa?. Kenapa?. Kenapa?.

Kenapa itu bukanlah jawapan. Jawapannya terletak pada diri anda. Anda yang menentukan apa yang akan terjadi pada diri sendiri. Kenapa selalu bernasib malang?.. Kerana anda tidak tahu apakah potensi diri anda  dan tidak mengenali diri sendiri. Jika kita tahu apa yang kita mampu, badan, otak, akal kita akan bertindak secara rasional dan kita tidak akan menimpa segala kemalangan.

'Habis tu, macam mana nak kenal dan tahu potensi diri kita?'

Sedar atau tidak, sebenarnya daripada kecil kita tahu kita mampu buat apa. Kita tahu apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tidak boleh buat. Tapi sedar atau tidak kadang kala diri kita sendiri yang menolak potensi kita oleh kerana kita selalu berkata 'Tidak mungkin, Takkanlah, Ish,susah ni,' sebab kita takut. Takut nak mengambil risiko dalam merubah diri kita dan mencuba sesuatu yang baru untuk dijadikan potensi dalam hidup kita.

Aku kadang kala suka duduk berseorangan dan berfikir, muhasabah diri, apa yang kita lakukan hari ini, semalam, minggu nie, bulan lepas, tahun lepas dan sepanjang hidupku. Pepatah ada menyebut 'Semalam sejarah, hari ini mencipta sejarah, esok penentu sejarah'. Aku sentiasa cuba hendak mencipta sejarah untuk diingati masa depan agar manis tatkala dikenangkan kembali. Tapi apakan daya, di dunia ini bukan aku sorang je yang duduk, pelbagai lagi rintangan yang perlu dihadapi dan pelbagai persoalan yang belum aku jumpa jawapannya.

Aku percaya, sungguhpun sesetengah orang itu dilahirkan samada miskin, cacat atau serba kekurangan dari segi fizikal mahupun mental. Mereka mempunyai potensi mereka sendiri, apa yang mereka mampu buat. Dan adakah mereka mahukan melaksanakan potensi dan bakat terpendam didalam diri mereka?.. Tepuk dada, tanya iman. Iman yang teguh akan membimbing kita ke jalan yang betul. Tidak mustahil jika selama 20 tahun keluarga itu susah dan secara seminggu boleh menjadi kaya. Sebab apa?. Sebab dia sedar bahawa setiap ciptaan Ilahi ini terdaapt keistimewaan masing dan Allah hanya membantu kaumnya yang ingin berubah.

Sekian. Assalamualaikum.

Kata Pembuka Bicara Cerita

Assalamualaikum, kata-kata pembuka bicara cerita, sudah lama aku membuat blog, tapi disaat ini aku terdetik idea untuk berbicara tentang kisahku, hidup perjalananku, sedih peritku. Dalam blogku ini tiada perkara yang boleh mencontengkan arang dimuka sesiapa dan hanya luahan pemikiran akal dan diturunkan ke tangan ku untuk menulis. Setiap 'pressure' yang diberikan keatas keyboard ini akan diluahkan ke dalam blog ini. Siapa aku?. Biarlah tiada siapa tahu. Blog ini hanya ada tulisan, dan kata-kata sahaja. Tiada iklan, tiada perkara menjengkelkan.

Setiap saat kepada pembaca ku, diambilkan iktibar dan dijadikan tauladan dan dibuatkan sempadan. Ayat-ayatku mungkin tidak menepati keperihatinan tatabahasa tapi itu cara aku menyampaikan kisahku. Terlebih dahulu jika aku menggunakaan bahasa 'English' dan mungkin pencinta bahasa orang putih berasa tidak selesa dengan grammarku, harap maaf kerana itu caraku dan itu penulisan ayatku.

Serba sedikit tentang aku, seorang hamba Allah yang suka menaip dan meluahkan sesuatu pada alat yang bercahaya ini. Mungkin aku ini 'Geeks' tapi itulah aku. Sebagai penutup, Harap Maaf jika ayat ku kurang menyenangkan kerana itulah juga aku. Tiada topeng, Tiada talam dua muka, hanya aku. Jika mahu mengikuti ayat-ayat ku boleh la 'Follow' blogku ini. Assalamualaikum
© Titian Tajdid 2014