10/29/2011

Kata Pembuka Bicara Cerita

Assalamualaikum, kata-kata pembuka bicara cerita, sudah lama aku membuat blog, tapi disaat ini aku terdetik idea untuk berbicara tentang kisahku, hidup perjalananku, sedih peritku. Dalam blogku ini tiada perkara yang boleh mencontengkan arang dimuka sesiapa dan hanya luahan pemikiran akal dan diturunkan ke tangan ku untuk menulis. Setiap 'pressure' yang diberikan keatas keyboard ini akan diluahkan ke dalam blog ini. Siapa aku?. Biarlah tiada siapa tahu. Blog ini hanya ada tulisan, dan kata-kata sahaja. Tiada iklan, tiada perkara menjengkelkan.

Setiap saat kepada pembaca ku, diambilkan iktibar dan dijadikan tauladan dan dibuatkan sempadan. Ayat-ayatku mungkin tidak menepati keperihatinan tatabahasa tapi itu cara aku menyampaikan kisahku. Terlebih dahulu jika aku menggunakaan bahasa 'English' dan mungkin pencinta bahasa orang putih berasa tidak selesa dengan grammarku, harap maaf kerana itu caraku dan itu penulisan ayatku.

Serba sedikit tentang aku, seorang hamba Allah yang suka menaip dan meluahkan sesuatu pada alat yang bercahaya ini. Mungkin aku ini 'Geeks' tapi itulah aku. Sebagai penutup, Harap Maaf jika ayat ku kurang menyenangkan kerana itulah juga aku. Tiada topeng, Tiada talam dua muka, hanya aku. Jika mahu mengikuti ayat-ayat ku boleh la 'Follow' blogku ini. Assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014