10/29/2011

Siapa Diri Kita? Apa Potensi Kita? Adakah Kita Kenal Diri Kita?

 
Assalamualaikum.. Pernah tidak kita duduk dan berfikir, siapa diri kita?.. Apa potensi kita?.. Apa kelebihan kita?.. Kita ni kenal tidak diri kita?.. Atau kita hanya tau nama dan no. ic kita sahaja.. Ada sesetengah orang yang masih lagi mencari-cari identiti diri mereka. Dan mereka selalu berada di dalam kekeliruan dan selalu menyalahkan diri sendiri tatkala musibah menimba mereka.

'Kenapa?.. Kenapa aku selalu jadi mangsa??. Kenapa nasib aku malang sejak 20 tahun lepas??.. Kenapa?. Kenapa?. Kenapa?.

Kenapa itu bukanlah jawapan. Jawapannya terletak pada diri anda. Anda yang menentukan apa yang akan terjadi pada diri sendiri. Kenapa selalu bernasib malang?.. Kerana anda tidak tahu apakah potensi diri anda  dan tidak mengenali diri sendiri. Jika kita tahu apa yang kita mampu, badan, otak, akal kita akan bertindak secara rasional dan kita tidak akan menimpa segala kemalangan.

'Habis tu, macam mana nak kenal dan tahu potensi diri kita?'

Sedar atau tidak, sebenarnya daripada kecil kita tahu kita mampu buat apa. Kita tahu apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tidak boleh buat. Tapi sedar atau tidak kadang kala diri kita sendiri yang menolak potensi kita oleh kerana kita selalu berkata 'Tidak mungkin, Takkanlah, Ish,susah ni,' sebab kita takut. Takut nak mengambil risiko dalam merubah diri kita dan mencuba sesuatu yang baru untuk dijadikan potensi dalam hidup kita.

Aku kadang kala suka duduk berseorangan dan berfikir, muhasabah diri, apa yang kita lakukan hari ini, semalam, minggu nie, bulan lepas, tahun lepas dan sepanjang hidupku. Pepatah ada menyebut 'Semalam sejarah, hari ini mencipta sejarah, esok penentu sejarah'. Aku sentiasa cuba hendak mencipta sejarah untuk diingati masa depan agar manis tatkala dikenangkan kembali. Tapi apakan daya, di dunia ini bukan aku sorang je yang duduk, pelbagai lagi rintangan yang perlu dihadapi dan pelbagai persoalan yang belum aku jumpa jawapannya.

Aku percaya, sungguhpun sesetengah orang itu dilahirkan samada miskin, cacat atau serba kekurangan dari segi fizikal mahupun mental. Mereka mempunyai potensi mereka sendiri, apa yang mereka mampu buat. Dan adakah mereka mahukan melaksanakan potensi dan bakat terpendam didalam diri mereka?.. Tepuk dada, tanya iman. Iman yang teguh akan membimbing kita ke jalan yang betul. Tidak mustahil jika selama 20 tahun keluarga itu susah dan secara seminggu boleh menjadi kaya. Sebab apa?. Sebab dia sedar bahawa setiap ciptaan Ilahi ini terdaapt keistimewaan masing dan Allah hanya membantu kaumnya yang ingin berubah.

Sekian. Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014