11/26/2011

Ramai Manusia Keliru Status, Bercinta Seperti Sudah Berkahwin

Pelik, pelik dan pelik.. Ungkapan yang terdetik di mindaku ini melihat gelagat remaja sekarang ini yang bercinta atau kata nama lain Ber'couple'.. Semestinya bercinta semasa itu satu anugerah daripada Allah yang sukar kita tolak kan?..

Bila bercinta segalanya manis, seperti dunia ini kita yang punya..


Ayat yang biasa diungkapkan, tatkala manis bercinta. Tepuk dada, tanya iman. Mampukah kita hendak bercinta jika cinta kita pada ilahi belum kukuh dan adakah cinta kita kepada manusia akan lebih kukuh??..


Berkenaan dengan tajuk diatas, 'Ramai Manusia Keliru Status, Bercinta Seperti Sudah Berkahwin'. Kekeliruan status, itulah yang boleh diungkapkan bagi mereka yang beraksi bersama pasangan bercintanya yang belum sah ikatannya. Dengan kata lain ber'couple' . Yeah, tidak salah untuk bercinta sesama insan kerana Allah memberikan perasaan itu untuk manusia. Tapi ramai yang salah menggunakan perasaan tersebut. Malah diluahkan kearah kemaksiatan dan penzinaan.


'Bercinta Seperti Sudah Berkahwin??'

Yup, sedar tidak perlakuan sesetengah hamba Allah yang bercinta mengalah orang berkahwin. Berpelukan, bersentuhan di khalayak ramai sehingga hilang semua perasaan malu. Yelakan, dunia ibarat kita yang punya ketika manis bercinta, sampai lupa dunia ini cuma sementara je. Dosa dan penyesalan setiap perlakukan dilupakan. Apa yang dilakukan semua manis belaka tanpa menyedari kesan dan akibatnya. Tapi ada juga orang berkahwin yang bermanja dan bereaksi seperti orang yang baru bercinta. Malah itu yang digalakkan kerana dapat menghindari zina dan maksiat.
'Ala, Orang bercinta, biasalah, mestilah reaksi macam tu, Apa ada hal'

Diakhirat kelak, cubalah berkata seperti berikut dan apa reaksi yang kita dapat?. Itulah manusia, yang hanya tau mengiku nafsu sahaja. Mereka berkata semuanya seronok tatkala menjadi hamba kepada nafsu sendiri.

'Tepuklah dada, tanya iman kita, tidak salah untuk bercinta tapi biarlah berpada.'

Sememangnya agak 'Annoying' melihat perbuatan remaja sekarang ini yang bereaksi mengalahkan orang berkahwin dan agak simpati kepada mereka kerana mempunyai sindrom 'Kekeliruan Status'. Apa yang cuba disampaikan pada entri ini ialah lihatlah diri kita bila bercinta, jangan menaburkan tahi kepada disendiri dan orang berdekatan dengan perlakukan kita yang hanya mengikut nafsu.

*Couple pada entri ini merujuk kepada pasangan belum berkahwin. Tiada kena mengena samada hidup mahupun mati. Kecuali mereka yang mempunyai sindrom 'Kekeliruan Status'.


Sekian Assalamualaikum.


11/02/2011

Sahabat Biar 1, Tetapi Dapat Menandingi 1000 Yang Lain


Assalamualaikum. Sahabat atau dengan nama lain kawan atau member. Dalam hidup kita ni, memang sukar untuk hidup keseorangan malah semua orang ada sahabat dan Rasulullah sendiri mementingkan sebuah persahabatan malah dituntut juga oleh Agama. 

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
 
Tapi kita sedar atau tidak, zaman sekarang ini bukan seperti zaman dahulu, sahabat zaman Rasulullah sangat-sangat setia dan mementingkan persahabatan. Kini?. Apa yang kita dapat?. Back Stabber?. Pencukur? Talam 2 muka?. Sakit hatikan bila kita mendapat kawan begini?.
 
Habis tu?. Macam mana nak dapat sahabat yang betul-betul mengenal erti persahabatan?.

Nak dapat kawan yang betul-betul menghargai kawan yang lain memanglah sukar. Sebab kita sendiri pun masih teragak-agak dalam mengenali erti persahabatan Sebab itulah Sahabat Biar 1, Tetapi Dapat Menandingi 1000 Yang Lain. Dalam seribu kawan kita, mesti ada 1 yang betul-betul ikhlas nak bersahabat. Tapi kita sedar atau tidak?. Sahabat yang sentiasa mengambil berat, sentiasa memikirkan perihal kita dan sentiasa bersama walaupun kita senang ataupun susah ada dikalangan 1 ribu tersebut.

Seorang sahabat yang baik tidak boleh diambil kira dari kata-kata sahaja seperti 'Saya kawan baik awak' atau 'You are my best friend forever' . Ianya berlaku keatas tindak tanduknya sendiri. Sebagai contoh, ketika kita sakit dan berjauhan dari keluarga, kita lihat sahaja sahabat mana yang datang kepada kita, bertanyakan kesihatan kita dan menjaga kita. Rasanya dalam seribu itu ada yang datang kepada kita?.. Cuba pula situasi kedua, kita berwang, kita kaya dan mencari sahabat. Rasanya dalam seribu itu ada yang datang kepada kita?.. Atau akan ada lebih lagi datang mendekati kita?.

Tepuk dada, Tanya iman, Kuatkah iman kita untuk menjadi sahabat yang baik. Sahabat yang mementingkan erti persahabatan dan menjaga silaturahim antara sahabat seagama dan melupakan semua perkara duniawi dan nafsu?.. Dalam islam juga sangat-sangat mementingkan dalam pemilihan sahabat.

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Pilihlah kawan yang memberi kewangian kepada diri kita bukan yang akan membakar kita dan meninggalkan bau yang hapak malah yang lebih teruk akan membuatkan kita di pandang tidak elok dari pandangan Allah S.W.T. Tidak mahu bukan?.

Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri kita, lihat sekeliling dan berdoalah semoga kita sentiasa mendapat sahabat yang 1, tetapi dapat menandingi 1000.

Memang benar Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.”. Tapi, yang lebih tepatnya ialah 'Berkawan biar satu, berkasih biar satu, tetapi menandingi seribu kawan dan kekasih.

Semoga kita semua dianugerahkan sahabat yang setia dunia dan akhirat. InsyaAllah


Sekian.Assalamualaikum



11/01/2011

Hijab, Kenapa Tak Nak Ikut? Tuhan Suruh Tak Ikut, Nak Ikut Siapa?


 Assalamualaikum, kita sering kadang kala lihat di facebook, ramai dikalangan mutiara-mutiara islam sayangnya tidak bertudung, kenapa ya?.. Adakah mereka rasa mendedahkan aurat itu sesuatu yang menyeronokkan?. Tidakkah mereka sedar siapa yang mereka akan tarik dan menghalang seseorang ke syurga. Terdapat 4 golongan lelaki yang ditarik ke neraka oleh perempuan :

1. Ayah

Seorang bapa yang gagal mendidik anaknya dari segi agamanya dan yang paling penting ialah dapat bab aurat akan ditarik ke neraka kerana gagal mendidik anaknya. Seorang bapa yang membiarkan anaknya mendedahkan auratnya dan hanya memberi kemewahan dunia.

2. Suami

Seorang suami yang gagal mengawal tindakan isterinya. Bergaul bebas, mendedahkan aurat, membuka aib keluarga dan tidak menjalan tanggungjawab sebagai isteri akan terkena tempiasnya kepada suami kerana tanggungjawab suami untuk mendidik isterinya.

3. Abang

Tatkala seorang ayah meninggalkan anaknya, maka tanggungjawab terjatuh pada abang-abangnya. Abangnya yang membiarkan adiknya bertempiaran, menunjuk auratnya, akan di tarik oleh adiknya sendiri di akhirat kelak.

4. Anak Lelaki

Seorang anak lelaki yang tidak dapat membantu ibunya sendiri untuk menutup aurat dan menghindari perkara mungkar akan menjadi faktor dia akan di tarik ke neraka. Tanggungjawab seorang anak lelaki itu akan di soal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu" 

Wahai permata-permata mutiara islam diluar sana, sedarlah, bukan anda sahaja yang menanggung akibatnya, malah Ayah, Suami, Abang dan Anak Lelaki akan ditarik juga. Kerana Allah menjadikan makhluknya saling perlu memerlukan antara satu sama lain, yang cantik untuk yang buruk, yang kaya untuk yang miskin, lelaki untuk perempuan. Dan apabila mereka tidak menjalankan tanggungjawab, Apa akibatnya?..

Dalam dunia kini pun ada juga manusia yang keliru, siapa yang perlu mereka ikut dan siapa yang perlu mereka tidak ikuti. 

Ada yang ikut cakap pakwe, tapi cakap mak ayah di ketepikan.

Ada yang ikut cakap kawan, tapi cakap mak ayah diketepikan. 

Ada yang ikut cakap kawan, pakwe, BFF tapi perintah Allah diketepikan.

Sebab apa mereka banyak mengikut orang-orang ini dan sukar mengikuti perintah Allah dan kata ibu bapa?.. Pada entri akan datang akan di ceritakan lebih lanjut kenapa mereka banyak mengikut kata 'orang-orang' ini selain daripada perintah Allah dan kata ibu bapa.

Sekian. Assalamualaikum
© Titian Tajdid 2014