11/01/2011

Hijab, Kenapa Tak Nak Ikut? Tuhan Suruh Tak Ikut, Nak Ikut Siapa?


 Assalamualaikum, kita sering kadang kala lihat di facebook, ramai dikalangan mutiara-mutiara islam sayangnya tidak bertudung, kenapa ya?.. Adakah mereka rasa mendedahkan aurat itu sesuatu yang menyeronokkan?. Tidakkah mereka sedar siapa yang mereka akan tarik dan menghalang seseorang ke syurga. Terdapat 4 golongan lelaki yang ditarik ke neraka oleh perempuan :

1. Ayah

Seorang bapa yang gagal mendidik anaknya dari segi agamanya dan yang paling penting ialah dapat bab aurat akan ditarik ke neraka kerana gagal mendidik anaknya. Seorang bapa yang membiarkan anaknya mendedahkan auratnya dan hanya memberi kemewahan dunia.

2. Suami

Seorang suami yang gagal mengawal tindakan isterinya. Bergaul bebas, mendedahkan aurat, membuka aib keluarga dan tidak menjalan tanggungjawab sebagai isteri akan terkena tempiasnya kepada suami kerana tanggungjawab suami untuk mendidik isterinya.

3. Abang

Tatkala seorang ayah meninggalkan anaknya, maka tanggungjawab terjatuh pada abang-abangnya. Abangnya yang membiarkan adiknya bertempiaran, menunjuk auratnya, akan di tarik oleh adiknya sendiri di akhirat kelak.

4. Anak Lelaki

Seorang anak lelaki yang tidak dapat membantu ibunya sendiri untuk menutup aurat dan menghindari perkara mungkar akan menjadi faktor dia akan di tarik ke neraka. Tanggungjawab seorang anak lelaki itu akan di soal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu" 

Wahai permata-permata mutiara islam diluar sana, sedarlah, bukan anda sahaja yang menanggung akibatnya, malah Ayah, Suami, Abang dan Anak Lelaki akan ditarik juga. Kerana Allah menjadikan makhluknya saling perlu memerlukan antara satu sama lain, yang cantik untuk yang buruk, yang kaya untuk yang miskin, lelaki untuk perempuan. Dan apabila mereka tidak menjalankan tanggungjawab, Apa akibatnya?..

Dalam dunia kini pun ada juga manusia yang keliru, siapa yang perlu mereka ikut dan siapa yang perlu mereka tidak ikuti. 

Ada yang ikut cakap pakwe, tapi cakap mak ayah di ketepikan.

Ada yang ikut cakap kawan, tapi cakap mak ayah diketepikan. 

Ada yang ikut cakap kawan, pakwe, BFF tapi perintah Allah diketepikan.

Sebab apa mereka banyak mengikut orang-orang ini dan sukar mengikuti perintah Allah dan kata ibu bapa?.. Pada entri akan datang akan di ceritakan lebih lanjut kenapa mereka banyak mengikut kata 'orang-orang' ini selain daripada perintah Allah dan kata ibu bapa.

Sekian. Assalamualaikum

9 comments:

  1. bila parents tegur, still jugak tak nak pakai tudung. bangga dengan rambutt terurai-urai tu..adess.

    ReplyDelete
  2. @rainyscream mereka tidak sedar.. mereka tidak nampak apa yang akan menimpa mereka... apa yang mereka sedar hanyalah kepuasan nafsu sahaja..

    ReplyDelete
  3. duniaaa mmbuat mrka terleka mgkin

    doa2 kan laa untk sedara kita

    :)

    ReplyDelete
  4. best2 entri ni :) time kasih bgi nasihat macam ni :) kt selalu dgr ckp org,tpi tanpa kt sedar,kt tak ikut cakap Allah,Tuhan kt sendiri

    ReplyDelete
  5. peringatan yg baik..lelaki besar tanggungjawabnya dlm menasihat ahli keluarga..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. artikel yang bagus.. terimakasih tuk pesan2nya. Sila berkunjung ke blog saye. Tanks, Detektif Informasi

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.
    jazakillah sudi singgah ke laman picisan sy.

    Nice sharing! kadang2 kita tak sedar yg kalau kita buat dosa, kita akan tarik orang lain turut sama ke lubang neraka. Sumpah kita selalu lupa!

    Moga terus thabat dlm apa jua bidang! Oh, ya! Salam Ukhwah :)

    ReplyDelete
  8. mohon copy n share yee ;)
    Sgt bergune ! trime ksh .

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014