10/16/2012

Kejayaan Itu Satu Kurniaan Atau Kehinaan


Assalamualaikum, kejayaan itu salah satu misi setiap sesuatu yang hidup. Ingin berjaya di di dunia mahupun di akhirat. Alhamdulillah, jika kita menanamkan semangat ingin berjaya di akhirat maka itu namanya kejayaan yang hakiki dan selamanya. Bagaimana pula berjaya di dunia?. Kaya, kereta besar, rumah besar, kerjaya besar, isteri cantik, dan sebagainya. Itu semua kejayaan kita didunia.

Tidak semestinya kejayaan itu merujuk pada harta benda. Mungkin ada yang merujuk pada cara hidup sederhana atau mungkin dapat membantu diri. Mungkin mereka menganggap ianya berjaya jika hanya dapat segulung ijazah atau berjaya dalam blogging contohnya. Akan tetapi dalam berjaya tersebut, kita lihat kembali, kejayaan itu satu kurniaan atau kehinaan bagi kita?

Bagaimana satu kejayaan itu menjadi kehinaan sedangkan ianya satu kurniaan dari Allah S.W.T. Lihat pada diri kita, Allah memberi kejayaan pada kita untuk apa?. Adakah untuk kita memberi makan pada diri sendiri sahaja?. Atau untuk diri yang lain?. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dalam membahagi kejayaan dan rezeki pada hambanya dengan sebab-sebab paling muhasabah.

Allah menciptakan yang kaya untuk membantu yang miskin, Allah mencipta yang cantik untuk melahirkan lebih ramai hambanya yang cantik-cantik belaka, Allah menciptakan yang pandai untuk membantu yang lain kurang pandai. Allah mampu sahaja untuk memandaikan / mengkayakan / mencantikkan semua hambanya. Akan tetapi Allah mahu melihat, bagaimana Hambanya berfikir dan memilih haluan yang benar. Sama juga Allah mencipta Syurga dan Neraka untuk hambanya sebab Allah telah memberi hambanya pilihan dengan kurniaan Akal, nafsu dan iman dalam diri. Manusia yang mempunyai hak untuk memilih jalannnya sendiri.

Berapa ramai yang berjaya tapi untuk berjaya dengan sendiri?. Itulah kejayaan dengan kehinaan. Hinanya seseorang yang bersifat tamak. Tidak kisah samada yang kaya atau cantik atau sebagainya dari perspektif berjaya tersebut. Alhamdulillah, sungguh ada lagi yang menampakkan kejayaan itu satu kurniaan bagi diri mereka untuk membantu mereka yang sukar.

Tetapi ada juga yang menggunakan kurniaan tersebut dengan meletakkan rahsia disebaliknya. Sungguh mulia tindakannya membantu yang lain atas kejayaan yang diberinya, tetapi dalam diam ada sesuatu yang ingin dibalasnya atau untuk manfaat dirinya sendiri. Adakah ianya jadi suatu kurniaan?. Tepuk dada, tanya iman kita. Sungguh kecewa saya melihat sesetenah yang menggunakan taktik tersebut untuk memperoleh kejayaan. Dari segi kasar kita akan nampak ianya seperti satu tindakan yang baik, akan tetapi dalamnya isinya kotor. Tepuk dada, tanya iman kita, adakah benar tindakan kita ini?. Ada udang disebalik batu atau ikhlas kerana Allah S.W.T?. Jangan menghinakan sesuatu kurniaan dengan niat yang yang hina lalu menjadikannya kehinaan.

Iman yang kotor tetapi dihiasi dengan tingkah laku yang suji akan menghasilkan hati yang kotor. Hati yang kotor, memberi impak jauhnya diri kita kepadaNya. Wallahualam. Semoga kita dijauhkan dari golongan sebegini dan kita juga tidak jadi sebegini. Insya-Allah.

10/13/2012

Buta Hati



Assalamualaikum, alhamdulillah, bila kita sebut buta hati apa yang bermain dalam fikiran?. hati yang buta?. buta macam mana?. Luas perspektifnya kalau nak bercerita mengenai buta hati. Tetapi pernah tidak kita melihat seseorang, tapi kita berfikir kenapa orang ni tak berfikir sama macam kita?. Walhal perkara itu memang pemikirannya seperti kita.

Sebagai contoh, seorang yang merompak/merogol/mencuri, kenapa mereka mencuri?. kenapa mereka tidak nampak ianya salah sedangkan ianya memang salah. Tapi kita nampak perkara itu salah, kita tak lakukan, tatkala orang itu lakukan perkara hina tersebut tapi dia tahu tak ianya salah?. Apa silapnya tu?.

Dalam tindakan yang disebut diatas, maka hadirnya iman, akal, nafsu, hati, dan tindakan memainkan peranan, iman yang lemah akan ditewaskan oleh nafsu yang mengelapkan hari lalu diterima oleh akal, maka di tindakannya berlaku. Segalanya bermula dari keimanan seseorang, iman ini cabang dia sangat luas. Malu, sabar dan sebagainya. Iman yang lemah akan ditawan oleh nafsu lalu mengelapkan hati. Atau kata lain membutakan hati tersebut yang memberi kesan pada tindakan mereka.

Dari hati yang buta, buta semuanya, buta juga matanya melihat perkara tersebut salah akan tetapi yang dilihatnya benar. Kadang-kala melihatkan mereka yang 'buta' ini membuatkan rasa kasihan kepada mereka. Mengapa mereka sebegitu rupa?. Mengapa mereka sesat dalam kegelapan? Apakah makanan yang kita hadam selama ini sumbernya dari mana?. Sumber yang haram akan mengelapkan hati lagi mematikannya. Maka lagi jauh kita dari haluan yang sebenar. Adakah tindakan kita selama ini menjurus kepada kegelapan atau kecerahan hati?. Zina?. Maksiat?. Couple Mouple Minggle?. Nauzubillah, semakin menjadi malah dimana-mana sahaja di sebabkan diri yang jahil menolak ajaran sebenar yang digelapkan oleh hati yang didurung oleh nafsu yang telah mengalahkan iman. Semoga kita sentiasa dilindungiNya

Alhamdulillah, jika selama ini jika dibimbing ke jalan yang benar, dan mungkin ada yang menyesali. Kesalan itu hadir dari iman yang membaik pulih secara sendiri lalu sentiasa mendekatkan diri padaNya. Jadi, sebelum kita melakukan satu kesalahan, lihat pada hati kita, sudah butakah?.

Sungguh, kita tidak boleh lari dosa, tapi ada juga yang kerana nafsu menjadi lupa!. tapi kita cuba yang terbaik dengan sedikit demi sedikit muhasabah diri setiap masa. Bertanyakan diri kita, adakah benar apa yang aku lakukan?. Adakah aku mengikut tetapan dan syariat?. Atau aku hanya mengikut hawa nafsu sehingga lupa terhadap perkara yang benar.

10/07/2012

Anak Aset Ibu Bapa Ke Syurga Atau Neraka



Assalamualaikum, wahai sahabat-sahabat yang membaca blog ini, biarpun kurang dari 50 visitor sehari. Saya harap biar seorang yang membaca, ianya memberi impak sehingga selamanya. Insya-Allah.

Hari ni hamba nak berkongsi mengenai 'Anak Eset Ibu Bapa Ke Syurga Atau Neraka?'. Ya Allah, setiap kali hamba memikirkan ini, tersentuh hati hamba, 'aku ni, anak yang macam mana?', 'Aku ni bawak mak ayah aku kemana?'. Syurga atau neraka?.

Sungguh, mahukah kita melihat kedua ibu bapa disoal kelak kenapa anaknya tidak taat kepada Allah?. Allah, takut hamba mengingatkannya. Anak itu satu anugerah dan AMANAH yang paaaaaling besar pada kedua ibu bapa. Dari didikan agama yang paling penting sehinggalah menjadi seorang yang berguna untuk agama dan negara.


Cuba kita bayang, mak ayah yang meninggal, seorang anak yang berjaya di didik oleh mereka dari segi agama, boleh bayangkan macam mana mak ayah itu dia mandikan, doakan, tanamkan?. Bagaimana pula jika anak itu gagal di didik?. Belajar masuk UiTM, UTM, USM tapi mandi jenazah, kafankan, doakan semua tak reti. Nauzubillah. Kita ni yang mana?.

Seringkali hamba teringat dan takut, hamba mahu membawa mereka kesyurga. Sungguh!. Syurga sahaja tempat ibu bapa hamba yang telah mendidik hamba dari kecik sehingga besar. Tapi adakah hamba mampu, Ya Allah.

Muhasabah diri kita, tiada yang terlambat dalam islam, satu kesedaran dapat merawat 1000 hari akan datang. Insya-Allah. Hamba berharap hamba menjadi anak yang membawa mak dan ayah ke syurga. Perit getir mereka, memang tiada harga untuk dibayar, hanya syurga sebagai ganti. Insya-Allah.

Ya Allah, jadilah kami seorang anak yang boleh membimbing ibu bapa kami ke syurgaMu bukan nerakaMu. Sesungguhnya syurgaMu dapat membalas jasa kedua ibu bapaku yang banyak berjasa untuk diriku ya Allah. 

*Lihat video ini agar kita sedar dan nampak lebih jelas bahawa kita anak Aset Ibu Bapa kesyurga atau neraka.

9/30/2012

Antara Ego Dan Siapa Salah



Assalamualaikum, dalam kehidupan ni, macam- macam yang kita harungi, manis, pahit dan macam-macam rasa. Antara yang kita paling tidak suka rasa ialah tatkala timbul isu atau perkara yang tidak selesa iaitu bergaduh atau persengketaan. Mungkin kita lihat dalam satu persengketaan ada 1 pihak ni yang salah dan 1 pihak lagi yang betul.

Ada kita terfikir adakah pihak yang salah ini akan berasa puas dengan dia berasa salah dan mengaku dia bersalah dan pihak yang betul akan berasa dia betul sahaja seumur hidupnya atau hanya ketika itu?. Semua itu bergantung pada keEGOan masing dan apakah masalah yang dihadapi.

Ada manusia yang sukar sangat nak mengaku kesalahan dan ada yang mudah. Tapi macam mana yang sukar nak mengaku kesalahan?. Adakah dia perlu sentiasa menang dan betul dalam setiap permasalahan?. Tidak. Apa yang sering kita lihat sekarang ni, bila timbul sesuatu masalah, kita akan lihat pada betul dan mana salah. Pada pendapat saya, tiada yang betul, 2 2 pihak salah. Baru adil.

Sebagai contoh: "Masalah Ali meminjamkan Abu kereta lalu Abu merosakkan kereta Ali dengan kemalangan yang teruk".

Kita mungkin akan melihat bahawa dalam masalah ini, Abu bersalah dan menyebabkan kereta Ali kemalangan. Abu yang tidak reti bawa kereta, cuai, teruk, buta dan sebagainya. Oleh itu, si Ali merupakan seorang hero yang baik sahaja. Tetapi ada kita lihat pada pihak Ali?. Ada kita terfikir adakah Ali memastikan bahawa Abu mempunyai lesen atau tidak?. Adakah Abu reti membawa kereta atau tidak?. Adakah Abu seorang yang bertanggungjawab atau tidak?

Kita lihat sekarang?. Salah siapa?. Abu atau Ali?. Abu tak bersalah kalau Ali dah cek Abu betul-betul. Jadi sekarang salah Ali?. Tadi bukan salah Abu?. Bila jadi begini, ketika itulah ego sampai, kita boleh lihat siapa yang mengaku dahulu atau lagi teruk tak nak mengaku dan menunding jari. Tidak boleh cakap siapa ego tinggi dan rendah sebab ego itu ada dalam setiap diri manusia, memang keperluan manusia dalam kehidupan. Tapi siapa yang reti dan memelihara ego tersebut akan tidak naik lemak dan naik kepala sehingga dia sahaja yang betul. Bila kita fikirkan, 2 2 pihak salah, dan sepatutnya mereka muhasabah diri mereka agar jadi lebih baik. Tidaklah seseorang itu terkena musibah sebab hendak menunding jari kepada yang lain akan tetapi sebab nak mengajar dirinya sendiri. Cuma sedar atau tidak atau hanya ditutupi oleh ego yang tinggi yang hanya tahu menunding jari.

Tidak kiralah dalam apa situasi sekalipun, kita lihat diri kita dahulu, biarpun anda dirogol atau dirompak, jangan salahkan perompak atau perogol dahulu, lihat apa kita buat?. Perogol takkan merogol kalau orang tu pakai jubah dan purdah?. Perompak takkan merompak kalau rumah tersebut di jaga rapi. Bukan nak berpihak pada perogol atau perompak. Tapi kita lihat balik diri dan dari mana sumber ia terjadi.

Jangan mudah kita lihat 1 situasi itu hanya 1 yang salah. Lihat keduanya, kita pelajari darinya. Rugilah kita kalau kita hanya tahu menyalah pihak yang lain dan pihak tersebut sedar dan membaiki dirinya dan kita hanya berlagak dengan ego yang entah tidak tahu kemana.

Semoga kita tergolong dalam orang yang sentiasa nampak dalam setiap masa dan sedar dan tidak leka dengan dunia dan hasutan yang lain. Sentiasa berfikir dari mana ia datang dan insya-Allah kita tahu bahawa setiap yang berlaku pada kita samada buruk atau baik, semuanya baik untuk kita dan yang baik itu datangnya dari Allah dan buruk itu dari tindakan kita sendiri untuk mengajar kita menjadi lebih baik. Assalamualaikum. :)

8/07/2012

Kerana 5 Minit



Alhamdulillah. Dapat juga menaip dan mengemas kini blog yang sadis dari segi updatenya. :D Maaf jika ada yang menunggu updatenya. Syukur, hari ini hendak dibangkitkan mengenai 'Kerana 5 minit'.

Pernah tidak dalam hidup kita, sebab 5 minit macam-macam berlaku. Mungkin bila masuknya waktu zohor dan kita berkata, ala, 5 minit je lagi, sedar tidak sedar, habis terlajak ke waktu asar. Nauzubillah. Alangkah malangnya kita tatkala disebabkan 5 minit sehingga kita terhanyut ke lembah kehinaan.

Bukan itu sahaja, rasanya hampir semua perkara yang kita lakukan, dengan hanya sebab 5 minit kadang kala boleh jadi 500 minit malah lagi teruk berhari-hari. Hahaha. Itulah kita manusia, tiada yang sempurna dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi terbaik.

Sungguh jika kita melambatkan solat itu banyak keburukkan. Boleh tidak kita terbayang jika kita melambatkan solat, lalu kita meninggalkan di saat kita tidak lagi menunaikan tanggungjawab. Ya Allah, jauhkanlah kami sebegitu. Banyak lagi konteks yang dapat kita lihat padah daripada 5 minit kita menunda seperti temu janji, dan sebagainya.


Akan tetapi alangkah ruginya kita jika kita selalu melengah-lengahkan masa kerana kita dikalangan orang yang rugi. Masa akan sentiasa memancung kepala mereka yang terleka. Masa tetap akan berlaku tanpa mengira siapa, dan dimana jua kita berada.

Insya-Allah mari kita bersama memperbaiki diri dan cuba untuk menjadi lebih baik dan menghindari diri dari berkata '5 Minit lagi'. Semoga kita semua dibimbing olehNya.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari terleka hal duniawi dan Ya Allah, sedarilah kami jika kami terleka kerana kami hambamu yang lemah dan sentiasa mencari cinta dan rahmat dariMu. Ya Allah, kami sedar bahawa masa kami dibumi ini sebentar sahaja dan jadikanlah kami hambamu yang meletakkan bumi ditangan dan akhirat di hati kami. Amin. :) 

7/11/2012

Bagaimana Tenangkah Hati Kita Ini?



Assalamualaikum, setiap insan dikurniakan sekeping kumpulan daging didalam dirinya yang dipanggil hati. Setiap insan mempunyai berbeza hati, ada yang klasifikasikan hati baik, hati busuk dan pelbagai lagi panggilan yang bertepatan dengan keadaannya. Bagaimanakah hati kita?. Pernah kita terfikir bagaimana kita melatih hati kita ini samada ianya termasuk dalam hati yang baik atau tidak. Bagaimanakah hati yang baik?.  Hati yang baik hanya datang kepada hambaNya yang sentiasa mengingati penciptaanya malah sentiasa mengagumi kebesaran dan kekuasaan penciptanya.

Pernah tidak dalam sekali dalam kehidupan kita, kita mencari ketenangan untuk hati kita. Jauhkan dari rasa resah gelisah duniawi ini. Bagaimana datangkan ketenangan itu?. Pernah kita terfikir?. Mungkin bagi sesetengah orang akan menyangka untuk mendapatkan ketenangan hati dari keserabutan duniawi ialah dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan disamping dapat melupakan segala masalah. Adakah benar tindakan tersebut akan member ketenangan dalam hati kita?.

Cuba kita selidik kembali darimana terciptanya hati kita. Sudah tentu Allah S.W.T yang menciptanya dan semuanya yang diciptaNya akan kembali kepadanya satu hari. Bila kita menyebut ‘semuanya akan kembali kepadanya satu hari nanti’ bermakna segala yang ada di dalam badan termasuk juga hati ini adalah milik Allah dan bagaimana kita mahu memelihara sesuatu menjadi baik jika kita meminjamnya dari orang lain?.

Sudah tentu kita kembali kepada pemilik barang tersebut untuk mengetahui cara memelihara sesuatu itu lebih baik. Begitu juga pada hati. Hati yang tenang hanya akan betul-betul tenang dengan kita kembali kepada penciptanya. Semakin dengan kita dengan Allah, semakin dekat kecintaan kita malah akan member ketenangan dalam hati yang sering kali kita tidak sedar.

Sering kali bila kita berseronok untuk menenangkan hati, adakah hati kita akan bertambah tenang?. Atau makin bertambah titik hitam oleh sebab aktiviti yang kita lakukan?. Saya terlihat ramai golongan kini yang tidak nampak apakah sebenarnya ketenangan hati tersebut. Apa yang mereka tahu, hati yang tenang dari keserabutan dunia adalah dengan melakukan aktiviti yang mereka suka seperti menonton wayang, gelak sana sini, membeli belah dan sebagainya. Tapi mereka lupa sebenarnya hati mereka tetap tidak tenang. Apa yang mereka rasa hanya ketenangan seketika. Ketenangan seketika yang hanya membuang masa dan lebih keruh lagi boleh manjauhkan dari Allah.

Hati yang tenang hanya akan diperoleh dari menagih cinta dari Allah S.W.T seperti zikirullah, membaca kata-kata Allah iaitu al-Quran, mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dan banyak lagi. Semakin dalam cintanya kita padaNya, Insya-Allah ketenangan hati yang sebenarnya akan tercapai dan tidak kisah apa jua masalah dan keserabutan didunia ini kita akan menampakkannya dengan tenang dan bukan dengan kesusahan. Semakin dekat kita dengan Allah, semakin bersihnya hati kita, semakin tenanglah ia.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia.

(Ar-Ra'd 13:28)

Sungguh bukan aktiviti duniawi yang kita lakukan itu memberi ketenangan akan tetapi hanya Allah sahaja yang memberi ketenangan hakiki kepada manusia yang dicintaNya agar semakin meningkat rasa cinta dan sayang kepada penciptaNya iaitu Allah S.W.T. Suka ingin saya katakan, tatkala kita mencapai ketenangan hati yang sebenar dari kita mencintai Allah, segala kesukaran dunia ini akan mudah kita atasi dan akan meningkatkan lagi rasa cinta lagi dan saying kepadaNya. Bukan segala aktiviti yang kita sangka akan memberi ketenangan yang akan membantu kita dalam kesusahan duniawi. Semoga kita semua memperoleh ketenangan yang hakiki disamping memandu kita kejalan yang benar dan meningkatkan kecintaan kepadaNya.

5/21/2012

Keperluan Atau Kemahuan?. Kemahuan Ibarat Air Laut, Lagi Minum LagiHaus.


Assalamualaikum, alhamdulillah, dapat lagi menulis dan membaca. Seringkali kita berfikir, kita mahukan sesuatu itu, adakah sebab keperluan kita atau sebab kemahuan kita?. Apa beza keperluan dan apa beza kemahuan?

Keperluan


Keperluan ialah sesuatu yang kehidupan kita bergantung dan sangat-sangat memerlukan dan akan memberi kesan buruk pada kehidupan jika kita tidak mendapatkannya. Keperluan seperti makan, minum, tidur, mencari rezeki dan paling penting beribadat kepada Allah s.w.t.

Kemahuan


Manakala kemahuan ini ialah sesuatu yang kita inginkan, kita mahukan dan jika kita tidak mendapatkannya ia tidak akan memberi kesan buruk pada kehidupan. Seperti membeli iPad, Menaik taraf telefon ke lebih canggih dan sebagainya.

Akan tetapi dalam kehidupan kita ni, bila kita mahu membuat pilihan adakah ianya keperluan atau kemahuan kita?. Adakah akan memberi kesan buruk jika kita tidak mendapatkannya. Kita ambil contoh  situasi.

Situasi:


Antara menaik taraf telefon dan menyimpan wang untuk keluarga masa depan, manakah yang lebih penting?.

Berdasarkan situasi diatas, manakah kita lebih cendorong untuk memilih?. Sungguh jika seseorang itu gila gadget, mungkin akan menaik taraf telefon. Tetapi, adakah kita berfikir kesannya jika kita menaik taraf telefon tersebut?. Adakah kita akan menaik taraf telefon itu sekali sahaja atau bila masa akan keluar edisi baru dan kita akan menaik taraf lagi?.  Apakah kesan buruk jika tidak menaik taraf?. Adakah sehingga boleh mengakibatkan kemiskinan?. Sungguh ianya akan nampak seperti kemahuan.


Andai menyimpan wang untuk keluarga masa depan, itu merupakan sesuatu yang baik. Kerana ia adalah keperluan. Keperluan untuk hidup pada masa depan. Jika sesuatu perkara buruk berlaku, dan jika tiada wang untuk digunakan kerana menaik taraf telefon tersebut. Tidakkah akan mengganggu kehidupan anda?. Sehingga boleh menyebabkan keburukan pada keluarga jika ianya berkaitan dengan penyakit atau sebagainya?.

Cuba sahaja kita lihat dalam situasi ini, mana yang lebih baik dan mana yang sementara sahaja 'baik'nya. Mungkin sukar untuk membuat keputusan, tapi cuba pula kita berfikir, mana satu keperluan dan mana satu kemahuan. Jika keperluan maka, perlulah dipilih, jika kemahuan, ianya boleh ditunda malah mungkin keperluan itu akan membuatkan kita memilih pilihan yang tepat.

Pelbagai situasi kita pernah lalui antara kemahuan dan keperluan. Mari bersama kita berfikir sejenak dan memilih mana yang lebih baik untuk kita, dan tidak menjejaskan masa depan. Sungguh saya katakan, jika kita banyak mengikut kemahuan, ianya tidakkan puas dan tidak akan putus dari terus menerus meminta dan memahukannya.
Kemahuan ibarat air laut, lagi diminum, lagi bertambah hausnya.

Muhasabah diri kita semoga kita tidak hanyut dalam kemahuan nafsu kita dan akhirnya kita sendiri alpa dan lupa keperluan sebenar kita. Keperluan sebenarnya didunia ini ialah menanam pahala untuk dunia yang kekal abadi di akhirat kelak. Dunia ini ibarat mengembara, untuk ke tempat yang kekal abadi. Semoga kita tidak putus-putus membawa keperluan kita untuk akhirat kelak dan dibimbing selalu agar tidak tenggelam dalam sentiasa memenuhi kehendak kemahuan kita. InsyaAllah.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri.Ilalliqa’ InsyaAllah. Assalamualaikum

5/19/2012

Benarkah Memilih Ikut Kata Hati Itu Betul Dan Tepat?




Assalamualaikum, Seringkali bila seseorang itu ditimpa masalah atau keliru untuk memilih sesuatu, mungkin ada dikalangan mereka akan berkata ikut kata hati. Adakah benar jika kita ikut kata hati dan setiap pilihan itu akan betul dan tepat?.

Berikut merupakan pendapat saya sahaja, tidaklah perlu diikut dan boleh digunakan. Saya ada membaca buku mengenai hati bertajuk Smart Heart.  Dalam buku ini banyak berkisahkan tentang cara melembutkan hati dan cara mengawal hati kita. Bukan itu yang hendak diketengahkan, akan tetapi apa yang kita cuba bincangkan ialah mengenai Kata Hati. 

Bila kita lihat diri sendiri, Bagaimana hati kita?. Bagaimana bersihnya hati kita?. Bagaimana kita mengendali hati kita?. Untuk memilih sesuatu keputusan, sudah semestinya kita mahukan keputusan yang terbaik bukan?. Dari mana datangnya perkara baik jika bukan dari sumber yang baik?. Jika ingin keputusan yang baik?. Perlu hati yang?.

Sememangnya cuba kita lihat kembali, selama kita hidup sehingga ke saat ini, bagaimana kita melatih hati kita?. Adakah ke jalan yang baik atau ke jalan yang tidak baik?. Jika kita ingin sesuatu keputusan itu yang baik, tidak salah untuk kita mengikut kata hati, tetapi! perlulah kita lihat semula bagaimana kita melatih hati kita agar kita tidak tersesat ke lembah yang tidak mahu kita pilih.

Oleh itu, benar ikut kata hati itu betul dan boleh jadi salah jika kita salah melatih hati kita menjadi benar agar kita sentiasa dibimbing ke arah keputusan yang sentiasa benar. Akan tetapi, satu-satu keputusan itu, pilihan yang betul-betulnya Maha Mengetahu lagi Maha Bijaksana sudah tentu yang mencipta kita malah tau sebesar zarah dalam setiap ciptaanNya. Allah s.w.t yang dapat membantu dalam setiap keputusan. Solat sunat istikharah merupakan jalan yang paling terbaik dan optimum dalam pemilihan sesuatu keputusan. InsyaAllah jika kita ikut apa yang Allah perintah, Allah akan sentiasa membimbing hambanya yang sentiasa cinta kepadaNya agar hambanya itu tidak sesat.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri.  Ilalliqa’ InsyaAllah. Assalamualaikum :)

5/17/2012

Bukanlah Aku Terbaik Dikalangan Manusia, Cuma Mahu Bersama Menjadi Baik



Assalamualaikum, semoga anda semua dirahmati dah diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah. Hari ni nak berkongsi cerita sedikit bagi seseorang sering berdakwah atau lebih senang untuk kita dekati ialah ketika bersosial di facebook. Alhamdulillah, kini di facebook, terdapat pelbagai page-page dakwah dalam pelbagai segi aspek dakwah, ada yang melalui lukisan dakwah, doodle, design yang cantik2, malah Ustaz-ustaz mahupun artis dan segala page yang ada di facebook. Syukur kerana mereka tidak putus-putus menyampaikan dakwah dan kita sebagai pengguna facebook, disamping berkomen dan bersosial, apa salahnya dan mungkin terdetik untuk berkongsi kepada rakan-rakan apa yang mereka sampaikan.

Sering kali apa yang disampai kadang kala tidak semanis menerima. Mungkin ada yang berkata mereka ini berlagak baik atau berkata dia ni pernah buat dosa, konon nak jadi baik.  Terdetik difikiran, jika mahukan seseorang sempurna untuk bersama mengajak kearah kebaikan, siapakah?. Sunguh hanya para nabi dan rasul sahaja yang Allah pelihara dari melakukan kesilapan. Dan baginda juga menyuruh para sahabat berdakwah, malah dakwah itu tanggungjawab seorang manusia yang beragama islam. Tidak kira jika kita ini pencuri, perogol, tidak bermakna kita tiada hak untuk berdakwah.
Imam Ghazali pernah berkata, jika kita senang berzina sekalipun, jika ternampak seseorang wanita tidak menutup aurat, perlu kita menegur wanita tersebut. *sumber dari ceramah Ustaz Azhar Idrus

Setiap orang tidak pernah lari dari kesalahan dan para sahabat dahulu juga pernah melakukan kesalahan. Cuma tidak diceritakan kerana menjaga nama mereka. Sungguhpun begitu, mereka selalu mencari cinta Allah dan mencari-cari syurga Allah yang abadi. Kita sekarang ini?.



Usah kita menunding jari tanpa kita sedari 4 lagi jari menunding pada diri kita. Bukanlah si dia yang berdakwah atau berkongsi ilmu difacebook itu, dialah yang terbaik, TIDAK!. Akan tetapi meraka cuba menjadi baik dan mahu bersama menjadi baik. Kadangkala ada juga kita berasa segan atau malu untuk menyebarkan kata-kata baik dari facebook. Mungkin kerana kita menyangka diri kita ini tidak sempurna atau tidak cukup baik. Usah berfikir begitu kerana Allah memandang amalan hambanya walau sebesar zarah sekalipun dah dari sebesar zarah itulah yang akan bercambar mekar sehingga sebesar gunung. Mana tahu dengan kita share perkara tersebut kita akan lebih suka dan akhirnya kita terikut dan kita akan berubah. MasyaAllah, Allah sahaja yang memberikan hidayah pada hambanya melalui pelbagai cara.

Antara kata-kata Imam Syafie dan Imam Hasan Al Basri ( Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-Hasan Yasar al-Basri ).
"Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan bagi tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan di muka bumi Allah ini." [Iman Syafie]

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, BUKAN bererti akulah yang TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui BATAS untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH, maka akan jadi sikitlah orang yang MEMBERI PERINGATAN." Imam Hasan Al Basri ( Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-Hasan Yasar al-Basri ).

Kata-kata mereka ini juga untuk mengingat kepada semua malah pada diri supaya sentiasa berdakwah dan terus berdakwah tanpa mengira apa orang kata. Usah bimbang mulut manusia kerana tidak mungkin dapat ditutup tapi bimbanglah apa yang Allah akan menilai kita. Imam mazhab juga pernah berkata jika didalam mazhab mereka terdapat kesilapan, rujuklah al-Quran dan Hadis.

InsyaAllah, semoga kita semua tidak takut dan sentiasa terdorong hati semoga sentiasa berdakwah walaupun dengan hanya menekan butang 'share' pada facebook tersebut. Mana tahu dengan 1 butang 'share' tersebut, sahabat kita yang membaca akan berkongsi dan terus dikongsi sehingga 1 Juta umat membacanya. Besar ganjarannya. :)

Lakukan semuanya kerana Allah dan bukan kerana sesiapa dan insyaAllah ganjarannya besar disisi Allah s.w.t. Malah sambil kita berdakwah akan menasihat diri kita juga supaya lebih baik. Ingatlah, kita bukan nak tunjuk baik, akan tetapi kita mahu memberi tunjuk ke jalan yang baik dan bersama menjadi lebih baik. InsyaAllah. :)

Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri.. ilalliqa' InsyaAllah. Assalamualaikum

Sumber Rujukan : 1

5/13/2012

Tolong Jaga Tepi Kain Saya Dan Jaga Kainnya


Assalamualaikum, Alhamdulillah, ada lagi nyawa untuk kita hidup pada saat ini dan terima kasih kerana sudi membaca. InsyaAllah hari ni hendak diperkatakan mengenai pepatah 'Jangan jaga tepi kain orang lain'. Mungkin semua sudah tahu apakah maknanya atau dengan pendeknya bermaksud jangan sibuk hal orang lain atau 'busy body'. Ya, memang benar, kadang kala agak kurang selesa bila ada manusia yang cuba untuk mengambil tahu hal kita sehingga menyentuh peribadi akan tetapi islam juga mengajar kita untuk hidup bersama dalam satu umat yang dirahmati Allah dan bukan bersifat pentingkan diri sendiri. Berdasarkan zaman sekarang ini, Pepatah tersebut terbahagi kepada 2 iaiti jaga tepi kain orang lain dan jaga juga kainnya.


Dalam islam, tiada istilah 'Jangan jaga tepi kain orang lain' kerana jika islam mengamalkan seperti itu, maka tidak akan ada dakwah dan ceramah agama yang bertujuan untuk membetulkan masyarakat kini malah untuk menambahkan ilmu sebab mereka hanya mahu menjaga kain sendiri sahaja. Akan tetapi dalam islam, kemasyarakatan itu penting dalam sesebuah institusi muslim dimana kita saling jaga antara satu sama lain kerana kita semua bertuhankan satu iaitu Allah s.w.t dan asal daripada tanah. Jadi, tiada beza antara setiap hamba Allah melainkan beza fizikalnya dan perbuatannya.

Islam tidak bermaksud untuk menjaga tepi kain orang lain sehingga kita alpa terhadap adab-adabnya. Dalam islam juga dilarang untuk kita membuka aib orang dan mencari keaiban seseorang itu. Jangan disalah dengan istilah menjaga tepi kain orang lain sehingga kita perlu  mencari-cari kesalahannya. Sungguh tiada manusia yang sempurna dan kita sendiri tidak lari dari melakukan kesalahan. Oleh itu, dengan adanya sikap saling menjaga tepi kain orang lain, setiap kesalahan yang kita terlaksanakan dalam bersama kita ambilkan iktibar dan perbaikikan bersama.

Sebagai contoh:
Aminah sering mengumpat bersama sahabat-sahabatnya sehingga menjadi rutin hariannya. Lalu sahabatnya yang lain menegurnya untuk berhenti mengumpat dan banyak bercakap perkara berfaedah.

Dari situasi diatas, 2 pihak dalam menasihati antara satu sama lain dan saling mengingati sesama sendiri. Tidak bermakna sahabatnya yang menegur itu sempurna dan tidak pernah melakukan silap, akan tetapi dia menegur untuk diri sendiri dan juga menjaga sahabatnya. Sungguh sahabatnya mempunyai tanggungjawab dalam memelihara sahabatnya dari melakukan dosa. Itu barunya sahabat.

Jika dilihat situasi diatas, kemungkinan akan berlaku 2 keadaan. Positif dan negatif. Positif, Aminah akan terima dan berubah menjadi lebih baik. Negatif?. Nauzubillah. Seringkali kita menegur orang akan berkata 'Ah, aku punya pasal la, kau nak sibuk kenapa, hal aku, bukan hal kau, jangan sibuk tepi kain ak boleh?'. Jika mereka mahu begini, mengapa mereka tidak keluar dari bumi dan tinggal diplanet sendiri dan membuat undang-undang sendiri?.Sungguh semoga kita tidak berjumpa situasi sebegini. Jika terjumpa, bersabarlah dan ingatlah bahawa hidayah itu milik Allah, kita hanya berusaha. Jika dilihat pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, Abu Jahal Laknatullah sering melihat mukjizat dari Allah akan tetapi ia tetap tidak menerima islam kerana hidayah itu milik Allah dan Allah mahu hambanya mengambil pengajaran daripadanya. Sesungguhnya Allah maha bijaksana lagi maha mengetahui. Bukalah hati kita untuk ditegur insyaAllah ada kebaikkannya.

Banyak kebaikkan jika kita saling menjaga antara satu sama lain. Antaranya ialah kita dapat membaikkan lagi persahabatan antara 2 pihak dan boleh menjadikan kita lebih baik dan jauh dari sangkaan buruk sangka dan sebagainya. Tambahan akan sentiasa melatih diri supaya jauh dari perkara mungkar dan membersihkan hati. Jika mereka yang tidak suka kita ditegur, tidak apa, kita doakan yang terbaik semoga Allah membuka pintu hatinya agar menerima hidayah Allah dan sentiasalah kita membuka tangan untuk membantu jika dia meminta tolong kepada kita.

Tatkala kita mengambil berat tentang sahabat kita iaitu menjaga tepi kainnya, jangan pula kita sengaja mencari kesalahan dan kesempatan. Memang manusia tiada yang dapat lari dari kesalahan dan bersama perbaiki. Jauhkan dari mencerita aib sahabat kita sendiri kerana jika kita memelihara aib orang lain, maka Allah akan menjaga aib kita sendiri. Jagalah sahabat kita dan jangan sesekali kita mengambil kesempatan darinya kerana Allah akan sentiasa menguji untuk menguji tahap keimanannya dengan pelbagai godaan. Semoga kita cekal dan istiqamah dalam melakukan kebaikkan dan Allah sentiasa membimbing kita. InsyaAllah.

Semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan tauladan dan insyaAllah bersama kita berubah menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah malah sayang sesama hambanya iaitu menjaga mereka dari melakukan perkara mungkar.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang lemah itu dari kelemahan diri sendiri, sebarang teguran sangat-sangat dialukan dan dikemukan di ruangan komen dibawah. Alhamdulillah. Sekian. Assalamualaikum

Muhasabah, Sukarnya Kita Untuk Bersangka Baik



Assalamualaikum, syukur alhamdulillah masih bernyawa sehingga saat ini sehingga dalam menaip atau membaca post ini. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah petunjuk Allah dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Hari ni saya nak berkongsi sedikit mengenai bersangka. Terbahagi kepada dua, iaitu buruk dan baik. Sudah semestinya semua tahu apa itu buruk dan apa itu baik dan buruk itu memberikan kebaikkan dan baik itu akan memberikan lebih banyak kebaikkan.


Dalam seharian kita hidup dan Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih bernyawa, hampir seluruh masa kita akan bersangka. Ketika hendak pergi ke tempat kerja kita akan bersangka samada jalan sesak atau tidak, membeli makanan di kedai, samada sedap atau tidak dan sebagainya. Akan tetapi, dalam banyak sangkaan kita itu, berapa banyakkah sangkaan baik dibandingkan dengan sangkaan buruk?.

Situasi 1:
Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik dihatinya 'Ali ni nak berlagak bawak gula-gula ke?,' atau 'ish, mana boleh makan gula-gula disekolah'.

Situasi 2:
Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik dihatinya 'Eh, Ali membawa gula itu kenapa ye?, mungkin kerana mahu memberi kepada rakan-rakan' atau 'Alhamdulillah, Ali membawa gula itu kerana cikgu memesannya membawa untuk diberikan hadiah kelak tatkala quiz akan dilakukan'.

Mana 1 situasi kita?. Sejujurnya bagi diri saya, posisi saya di Situasi 1, kerana saya juga kadang kala terdetik sangkaan buruk di fikiran ini. Akan tetapi, saya tahu, ramai lagi yang memilih Situasi 2 kerana itulah yang sebaiknya. Bersangka baik.

Memang sukar untuk bersangka baik, sememangnya satu cabaran untuk kita. Tetapi banyak keburukkan didalam bersangka buruk itu, boleh membuahkan perasaan hasad dengki yang kian popular masa kini dan sebagainya. Malah akan menjadikan diri kita sendiri lebih buruk dari orang lain.

Bukanlah hak kita untuk bersangka buruk dan memburukkan seseorang itu dengan hanya menampakkan dari segi fizikalnya sahaja. Iaitu tidak nampak. Hak untuk menilai seseorang itu hanya terletak pada Allah. Apakah pangkat atau darjat kita sehingga mudah untuk menilai yang buruk bagi orang itu sedangkan yang zahirnya mereka melalukan yang baik?

Sungguh kita tidak ada hak untuk mengatakan seseorang itu buruk atau sebagainya melainkan Allah kerana Dialah yang mengetahui setiap hambanya dari dalam sehingga luar dan apa yang kita tidak nampak. Hak kita hanya bersangka baik kerana itu yang terbaik. Melainkan jika kita sudah nampak seseorang itu melakukan perkara yang melanggar perintah Allah secara zahirnya dan mengakibatkan hatinya juga melanggar perintah Allah dan terang dari segi perlakuannya, mengikut logik akal, adakah kita juga bersangka baik?.

Sebagai contoh jika seorang lelaki islam menyembah berhala didepan mata kita dan kita sudah nampak ia melanggar perintah Allah. Baru kita boleh menilai bagaimana orang itu bahawasanya dia telah derhaka kepada Allah dan murtad kepada agama Islam. Semoga kita dijauhkan.

Oleh itu, saya juga sentiasa menasihati diri sendiri dan para pembaca, bersama kita bersangka baik dalam apa jua tindakan. Jangan terlalu mudah kita menilai seseorang itu jika seseorang itu hanya melakukan 1 perkara yang kurang enak dipandangan kita, akan tetapi tidak menjejaskan orang lain. Tiada hamba yang sempurna dan kita sentiasa mencari 1000 1 jalan untuk membaiki diri kita dari masa ke semasa dan bila kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu perkara, jangan mudah bersangka buruk. Bersangka baiklah kerana ianya baik untuk diri kita, hati kita, perbuatan kita dan jika seseorang itu melakukan perkara buruk, amikkan pengajaran dan jadikan perkara buruk yang dia lakukan, baik untuk kita iaitu memperingati diri kita supaya membaiki diri menjadi lebih baik dan tidak melakukan perkara yang tidak elok. Bersangka baik, hati baik, diri baik, semuanya baik. InsyaAllah. :)

Sekian. Segala yang baik datangnya Dari Allah, Yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri. Assalamualaikum.

5/11/2012

Antara Sahabat Dan Bisnes, Sahabat Kerana Bisnes?



Assalamualaikum, Semoga pembaca semua sentiasa dirahmati, dibimbingi segala keputusan dan dipermudahkan segala urusan dari Allah S.W.T. Terdetik mahu menulis entri selepas apa yang terjadi baru-baru ini. Alhamdulillah, Memang bagus jika mahu berniaga kerana Rasulullah dahulu juga berniaga bersama isteri baginda. Seperti sedia maklum, zaman sekarang ni banyak bisnes yang boleh kita lakukan apatah lagi pada zaman serba moden dengan wujudnya internet. Dunia tanpa sempadan katanya, tapi adakah tindakan kita juga luput dan lupus dengan sempadan yang Agama sudah berikan?.

Banyak perniagaan daripada internet, dan antara yang saya ingin ketengahkan ialah perniagaan yang melibatkan pencarian orang bawahan atau dengan kata lain 'Downline'. Ada mereka kata ianya MLM iaitu Multi Leveling Marketing dan sebagainya. Terdapat banyak cara untuk menyebarkan pengaruh mereka ini, antaranya ialah menggunakan sosial network seperti facebook, myspace, Syaz Story ;) dan sebagainya. Akan tetapi, yang mengecewakan ialah mereka menjadi ianya satu platform berniaga bukan untuk bersosial. Sememangnya tidak salah mahu berniaga, tidak sama sekali, apa yang menjadi sesuatu yang kurang menyenangkan ialah berkawan semata-mata untuk berniaga.

Sungguh saya sendiri pernah mendapat invite friend dari seseorang, tidak tahu samada benar atau tidak orang nye, tapi, tatkala dilihatkan pada wallnya, semuanya post-post berkaitan perniagaannya itu. Apakah tujuan dia menambah saya dalam rakannya?. Untuk Men'tag' pelbagai gambar dan kata-katanya agar saya menyertai juga dan akhirnya saya juga akan berkelakuan seperti itu?.

Nazubillah, sungguh, manusia jika ingin mengejar dunia, mereka akan lupa akhirat. Janganlah kita meletakkan dunia didalam hati dan Akhirat di tangan kita. Kelak kita akan menyesal. Letakkan Akhirat didalam hati dan dunia di tangan kita sahaja. Sememangnya Rasulullah s.a.w itu berniaga dan ada kita lihat pada kisah atau mana-mana menceritakan Rasulullah mahu bersahabat sebab hendak menyebarkan perniagaannya?. TIDAK sama sekali!.

Ikhlaslah dalam perniagaan mahupun dalam persahabatan. Jika kita hanya mahu untung dari segi diri sendiri sahaja, tidakkah itu dipanggil pentingkan diri sendiri?. Saya tidak mahu menyentuh tentang halal dan haram perniagaan ini, kerana sudah tersebar luas mengenainya. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, tidak salah untuk berniaga, akan tetapi, lihat objektif kita, lihat matlamat kita berniaga, lihat sebab kenapa kita berniaga, dan paling penting, lihat kenapa kita bersahabat, adakah kerana perniagaan?.

Saya doakan semoga sesiapa yang berniaga, Allah murahkan rezeki kalian semua dan mudahkan segala urusan dan Allah sentiasa membimbing kalian dalam membuat keputusan dan memberi petunjuk.
Jadilah sahabat kerana Allah sebab itu adalah matlamat utama kita. Jangan jadikan sahabat tempat untuk kita mengaut keuntungan diri sendiri mahupun orang lain. Jika mahu berniaga, penuhilah dengan tatasusila dan adab-adabnya dan bukan dengan serbu begitu tanpa berfikir sejenak mengenai apa akibat dari tindakan kita. Jangan disebabkan kita terlalu mengejar dunia, akhirnya persahabatan semuanya punah disebabkan kerakusan manusia mencari duniawi.

Semoga kita semua dihindari dari perkara buruk ini. InsyaAllah. Sekian, Yang baik datangnya dari Allah, segala kesilapan datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum.

5/10/2012

Masih Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang - Dr. Maza



Assalamualaikum, hari ini ada sedikit perkongsian mengenai 'Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?' daripada soalan yang ditanya oleh hamba Allah kepada Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin. Berikut Apa yang disampaikan oleh Ustaz.
Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?

Safwan, Melaka.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Sumber:http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=79

Seringkali kita terleka dan tergelincir lalu melakukan dosa, maka bersegeralah bertaubat dan Allah akan menerima setiap taubat hambanya setiap masa dan pintu yang paling luas dibuka ialah pintu taubat. Semoga kita sentiasa dipelihara iman dan takwa dalam beribadat kepada Allah dan istiqamah kepadaNya .  

5/09/2012

Kau Tu Berlagak Baik, Nak Tegur Aku, Tapi Kau Lagi Teruk!



Nauzubillah, itu ungkapan pertama yang terdetik tatkala orang yang baik cuba menegur sahabatnya yang lain mendapat jawapan 'Kau Tu Berlagak Baik, Nak Tegur Aku, Tapi Kau Lagi Teruk!'. Adakah salah untuk menegur?. TIDAK!. Malah, dakwah itu salah satu daripada tuntutan kita sebagai orang islam. Tidak kisah bagaimana rupa bentuk dan perangai kita, kita juga berhak untuk berdakwah dan menegur. Kenapa pula tiba - tiba kita nak tegur orang?
"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."  - Surah Ibrahim Ayat 4

Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak memberi hidayah dan dijugalah yang mampu menyesatkan. Kenapa kita nak tegur orang?. Sebab Allah memetikkan hati kita ini agar menegur sesuatu yang salah dimana Allah membimbing kita supaya tidak menyukai sesuatu perkara itu dan kemudian kita menegurnya. Ya, kita merupakan hamba yang tidak pernah lari dari dosa. Tidak bermakna kita ini sentiasa dipandang hina. Usah menghakimi seseorang yang menegur kita membuta tuli tanpa kita sedari sebenarnya kita sendiri mencontengkan arang dimuka sendiri.

Anda yang ditegur kira beruntung dan anda yang menegur itu beruntung. Anda yang ditegur dapat mengingati diri sendiri dan akan yang menegur akan mengingati diri sendiri. Akan tetapi, pemikiran masa kini dimana 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang Lain' . Pemikiran yang SALAH!. Jika mereka nak jaga tepi kain sendiri je, rasanya islam takkan tersebar, sebab semua nak jaga diri sendiri. Tahukah anda, Ibu Bapa itu akan ditarik ke neraka jika anaknya membuat tingkah laku yang boleh menarik ibu bapa mereka ke neraka. Disebabkan pemikiran 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang Lain' Kain sendiri yang terbakar. Macam mana?.

Tatkala kita ditegur, lihat semula diri kita,
Ya Allah, Sesungguhnya orang yang menegur itu kerana Allah memberinya petunjuk agar jangan dirinya berkelakuan begitu, manakala aku?. Aku sendiri melakukan kesalahan tersebut dan hanya sedar setelah Kau menunjukkan hambamu itu untuk menegur aku.

Sama-sama mendapat manfaat dari apa yang berlaku, jangan mudah sangat kita hanya menghakimi satu pihak. Dalam Setiap perbalahan itu bukan hanya 1 pihak sahaja yang salah. Akan tetapi kedua - duanya salah!. Salah sebab ape?. Salah mereka berdua pihak yang menjadikan ianya satu perbalahan. Sepatutnya tak terjadi perbalahan, malah perlulah bertolak ansur antara satu sama lain.

Sentiasalah kita bersangka baik dan sentiasa mengambil sesuatu yang berlaku itu ada baiknya. Sesuatu musibah itu mengajar kita lebih baik, bukan lebih buruk. Allah memberi petunjuk kepada hambanya dalam pelbagai cara. Bersangka baik kepada Allah akan menampakkan kita sendiri apakah petunjuk yang Allah beri.

Setiap hari kita melakukan kesalahan, adakah setiap hati juga kita mahu bergelimpangan dengan dosa?. Meninggikan diri supaya sukar ditegur dan meng-egokan diri bahawasanya sentiasa benar dan tidak mahu menerima nasihat?. Muhasabah diri kita bila ditegur dan berterima kasih jika ditegur.
Sedangkan pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Beliau sangat suka sahabatnya dan rakyatnya menegur kerana ianya akan mengingatinya dan tidak alpa. Maka menjadikan Beliau seorang yang tawadu' dan sentiasa merendah diri. Sering kali menanyakan kepada sahabat 'Apakah sahabat nampak buruk pada dirinya' agar Beliau sentiasa dapat memperbaiki dirinya Sendiri.

InsyaAllah semoga kita semua dibukakan hati dan dilapangi hati agar mendapat hidayah Allah dan sentiasa diberi petunjuk dalam setiap tindak lakuan kita. Sekian. Assalamualaikum. :)

Hidayah Allah Itu Sangat Berharga




Alhamdulillah, itulah yang diperkatakan tatkala membaca pelbagai berita sejak akhir-akhir ini diuar-uarkan tentang artis-artis yang sudah berhijrah ke jalan diredhai Allah. Sesungguh kuasa Allah itu sangat luas dan meliputi sekalian alam. Dia sahaja yang mampu memberikan hidayah kepada manusia dan mampu juga menarik hidayah dari manusia. Sebagaimana kata-kata Allah :

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
Al-An'aam , 125

Kita lihat sahaja kini, ramai artis-artis yang sudah berhijrah seperti Sham kamikaze, Zuar XPDC, Bob Lokman, malah saban hari makin ramai. Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah semestinya cemburu akan hidayah yang Allah berikan kepada mereka ini. Adakah kita hanya duduk mencemburui atau bertindak untuk mengejar Hidayah Allah. Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).

Sesuatu bangunan itu tidak akan terbina jika tiada orang yang membinanya, Sesuatu perkara itu tidak akan terjadi jika tiada orang yang melakukannya. Oleh itu, kita sebagai hambanya sentiasalah mencari dan sentiasa muhasabah diri mengapa dan kenapa diri kita jauh dan tidak mendapat hidayah Allah. Hidayah Allah itu tersangat berharga kerana setiap perlakuan seseorang selepas itu akan bertukar menjadi dari kekufuran kepada beriman. Kita lihat sahaja sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dahulu, mereka mendapat hidayah Allah sehingga sanggup menggadaikan semua hartanya hanya kerana Allah.

Lihat sahaja zaman penyebaran islam di mekah oleh Rasulullah s.a.w, banyak mukjizat kekuasaan Allah yang ditunjukkan oleh Beliau, akan tetapi tidak dapat juga hidayah daripada Allah antara nya Abu lahab dab Abu Jahal. Pelbagai mukjizat mereka diperlihatkan akan tetapi disebabkan hati mereka yang sentiasa menolak, itu yang menjadikan mereka tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.



Kita mungkin sering berniat untuk berubah dan menjadi lebih baik, tetapi tindak tanduk perlakuan kita?.. adakah sehaluan dengan perubahan yang kita hendak lakukan?. Adakah dengan berkata kita akan berubah?. Allah mementingkan hidayah itu kerana Ianya sesuatu yang sangat berharga dan kita sebagai hambanya perlulah sentiasa berusaha dan tidak jemu untuk mendekat diri kepadaNya kerana usaha kita lakukan akan mendatangkan hasil.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus, 10:57:

Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Terdapat pelbagai alternatif untuk berubah memandangkan zaman yang serba canggih kini, hanya mahu ataupun tidak. Berdasarkan ayat diatas, Allah menyatakan Al-Quran itu sendiri sebagai nadi untuk penyembuh penyakit-penyakit yang berada didalam dada dan petunjuk

Muhasabah diri kita adakah kita sentiasa melakukan perkara yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah lalu mendapat hidayah daripadaNya atau kita bersahaja dalam memikirkan hal ini. Nauzubillah, sesungguhnya kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang disebut diatas dimana pelbagai mukjizat dan pengajaran akan tetapi tidak mendapat hidayahNya. Sesungguhnya hidayah Allah itu akan mudah diterima jika tiada sesuatu yang menghalang dari ia sendiri hadir dalam hati kita sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi:

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

Lihatlah diri kita, ada dikalangan kita sudah berhijrah mendapat hidayah Allah yang sangat berharga itu, ada yang masih didalam kegelapan oleh tindakan mereka sendiri. Bagaimana kita dengan Allah?, apakah hubungan kita dengan Allah?, semoga kita semua mendapat tempat disisi Allah dan tergolong dalam golongan Hambanya yang mendapat hidayah dan petunjukNya.

Luahan Pada Allah Atau Di Rangkaian Sosial?.Facebook?



Rangkaian Sosial sememangnya satu fenomena yang drastik berlaku seiring dengan perubahan zaman yang serba canggih ini. Tatkala memasuki zaman berinternet ibarat dunia tanpa sepadan tambahan dengan pelbagai jenis interaktif dan penarikan yang menjadikan internet lebih menarik dan mengikuti kitaran kehidupan.

Sama juga dengan adanya Rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya. Ia menjadikan dunia ini sememangnya tanpa sempadan dan tanpa sempadan manusia menjadi alpa dengan sempadan-sempadan dan peraturan yang Islam telah tunjukkan.

Luahan masalah atau ketidakpuashatian terhadap seseorang atau perkara lain sekalipun, adakah berbaloi jika kita mengatakan di Rangkaian Sosial seperti facebook. Ya, facebook memang terkenal dengan salah satu fungsi nya iaitu 'wall' dimana pengguna boleh meluahkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka sedang fikirkan. Sebagai seorang muslim, tidaklah bila kita memasuki dunia tanpa sempadan ini, habis punah semua sempadan yang telah digariskan oleh islam. Tetapi kita masih mengekalkan agar hati kita, akidah kita, agama kita masih tetap bersempadan didalam sanubari seseorang muslim.


Perkara yang menjadi isu dalam luahan pada sesuatu itu ialah yang membabitkan aib seseorang lalu diceritakan di rangkaian sosial. Berdasarkan hadis nabi :

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."(HR Muslim)

Berdasarkan hadis ini kita boleh mengambil satu ayat iaitu "Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat". Aib bermaksud cacat cela, salah, atau hinaan. Berdasarkan konteks hina ini, jika seseorang itu salah dan berdosa lalu diceritakan di rangkaian sosial tidakkah itu salah satu daripada membuka aib seseorang itu.

Tidak kisah jika kita berkata nama mahupun tidak, tetapi menceritakan aib itu, akan member kesan jika orang itu, atau orang lain membacanya. Maka akan menimbulkan lagi komplikasi didalam satu permasalahan kerana satu pihak yang tidak mahu berbincang dan menyelesaikan, malah lebih selesa di cerita di rangkaian sosial dan membiarkan khalayak rakannya membacanya. Tindakan ini akan mengeruhkan lagi keadaan, malah boleh membabitkan pergaduhan antara muslim dan sahabat.Tidak salah jika menceritakan aib itu, tapi jika tiada diberikan nama dan bertujuan untuk menasihat dan memberi pengajaran pada yang lain.

Tidak mengapa, kerana didalam al-Quran sendiri Allah ada meriwayatkan kisah-kisah buruk kaum terdahulu agar dijadikan tauladan dan pengajaran oleh setiap muslim di muka.  Akan tetapi jika sesuatu aib itu diceritakan sungguhpun jika tiada nama diletakkan dan hanya mahu meluahkan perasaan. Nauzubillah, banyak kesan buruknya, malah bukan menyelesaikan dan meredakan malah akan menambahkan lagi kesan buruk.


Pelbagai lagi luahan yang sering kali kita baca di rangkaian sosial seperti makian, caci, hina, kritikan yang tidak membina malah menjatuhkan air muka seseorang sehingga berlaku sesuatu yang diluar jangkauan. Ini semua hanya memberikan kesan negative tiada satu pun kesan positif jika difikirkan meluahkan sesuatu dalam memberikan keringanan didalam hati. Tidak!.  Adakah dengan menulis sesuatu di rangkaian sosial tersebut akan  memberikan kita jawapan?. Tidak!

Adakah lebih baik jika kita meluahkan di rangkaian sosial dengan kebesaran dan keindahanNya ciptaan Allah tatkala setiap patah perkataan itu akan diselitkan Allah, dan menyebut nama Allah disetiap perbualan akan membersihkan lagi hati kita malah akan melembutkan lagi hati kita. Berkongsi ilmu kerana Allah dirangkaian sosial dapat juga kita pahala berterusan, Ilmu yang disampaikan akan digunakan malah di teruskan penyebarannya diberikan pahala  berterusan dan sehingga kiamat.  Sebagaimana hadis nabi :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Kita diciptakan oleh Allah dengan satu tujuan mencari keredhaanNya dan menyembahnya sehingga nafas yang terakhir. Adakah rangkaian sosial itu yang memberi kita rezeki?, petunjuk?, jawapan kepada setiap persoalan dan permasalahan?, adakah ianya dapat memberikan kita kegembiraan didunia mahupun di akhirat kelak. TIDAK!. Hanya Allah yang kita sembah, kita takuti, dan kita luahkan segalanya didunia ini. Sungguhlah malang jika kita menyutukan Allah dengan melupakanNya bahawa Dia lah tempat kita mengadu, menatap dan menangis kesusahan kerana Dialah yang boleh mengubah itu semua. Bukan Rangkaian Sosial!. Bukan dengan menulis sesuatu di situ.

Oleh itu, kita sendiri yang menentukan samada kita bersosial di dunia tanpa sempadan ini menambahkan pahala, melembutkan hati kita, mendekatkan diri kita pada Allah atau menjauhkan kita, mengeraskan hati, menambah dosa kita pada Allah. Dengan ilmu dari Allah yang diberikan pada manusia sebenarnya Allah memberikan kita lebih banyak jalan untuk memperoleh keredhaannya dan hanya hambanya yang betul-betul ingat akanNya dan menggunakan kelebihan itu untuk mendekatkan diri kepadaNya.
© Titian Tajdid 2014