5/19/2012

Benarkah Memilih Ikut Kata Hati Itu Betul Dan Tepat?




Assalamualaikum, Seringkali bila seseorang itu ditimpa masalah atau keliru untuk memilih sesuatu, mungkin ada dikalangan mereka akan berkata ikut kata hati. Adakah benar jika kita ikut kata hati dan setiap pilihan itu akan betul dan tepat?.

Berikut merupakan pendapat saya sahaja, tidaklah perlu diikut dan boleh digunakan. Saya ada membaca buku mengenai hati bertajuk Smart Heart.  Dalam buku ini banyak berkisahkan tentang cara melembutkan hati dan cara mengawal hati kita. Bukan itu yang hendak diketengahkan, akan tetapi apa yang kita cuba bincangkan ialah mengenai Kata Hati. 

Bila kita lihat diri sendiri, Bagaimana hati kita?. Bagaimana bersihnya hati kita?. Bagaimana kita mengendali hati kita?. Untuk memilih sesuatu keputusan, sudah semestinya kita mahukan keputusan yang terbaik bukan?. Dari mana datangnya perkara baik jika bukan dari sumber yang baik?. Jika ingin keputusan yang baik?. Perlu hati yang?.

Sememangnya cuba kita lihat kembali, selama kita hidup sehingga ke saat ini, bagaimana kita melatih hati kita?. Adakah ke jalan yang baik atau ke jalan yang tidak baik?. Jika kita ingin sesuatu keputusan itu yang baik, tidak salah untuk kita mengikut kata hati, tetapi! perlulah kita lihat semula bagaimana kita melatih hati kita agar kita tidak tersesat ke lembah yang tidak mahu kita pilih.

Oleh itu, benar ikut kata hati itu betul dan boleh jadi salah jika kita salah melatih hati kita menjadi benar agar kita sentiasa dibimbing ke arah keputusan yang sentiasa benar. Akan tetapi, satu-satu keputusan itu, pilihan yang betul-betulnya Maha Mengetahu lagi Maha Bijaksana sudah tentu yang mencipta kita malah tau sebesar zarah dalam setiap ciptaanNya. Allah s.w.t yang dapat membantu dalam setiap keputusan. Solat sunat istikharah merupakan jalan yang paling terbaik dan optimum dalam pemilihan sesuatu keputusan. InsyaAllah jika kita ikut apa yang Allah perintah, Allah akan sentiasa membimbing hambanya yang sentiasa cinta kepadaNya agar hambanya itu tidak sesat.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri.  Ilalliqa’ InsyaAllah. Assalamualaikum :)

4 comments:

  1. Assalamualaikumsalam. ikut rasa binasa, pepatah orang melayu. banyak kebenarannya. sembahyang istikharahlah juga yg terbaik.

    ReplyDelete
  2. benar.. hehehe.. wah, sangat2 hargai Denaihati komen kat sini.. :D

    ReplyDelete
  3. Saya suka dengan idea yang diutarakan serta penulisan awak kerana tidak terlalu panjang isi dalam setiap perenggan. Bagi saya kata hati yang betul adalah tidak terikut-ikut dengan perasaan.

    ReplyDelete
  4. terima kasih. alhamdulillah, idea daripada Allah, saya hanya menaip je. btul kata awak, perasaan yang tidak dijaga akan memberi impak yang buruk juga pada hati. :)

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014