5/21/2012

Keperluan Atau Kemahuan?. Kemahuan Ibarat Air Laut, Lagi Minum LagiHaus.


Assalamualaikum, alhamdulillah, dapat lagi menulis dan membaca. Seringkali kita berfikir, kita mahukan sesuatu itu, adakah sebab keperluan kita atau sebab kemahuan kita?. Apa beza keperluan dan apa beza kemahuan?

Keperluan


Keperluan ialah sesuatu yang kehidupan kita bergantung dan sangat-sangat memerlukan dan akan memberi kesan buruk pada kehidupan jika kita tidak mendapatkannya. Keperluan seperti makan, minum, tidur, mencari rezeki dan paling penting beribadat kepada Allah s.w.t.

Kemahuan


Manakala kemahuan ini ialah sesuatu yang kita inginkan, kita mahukan dan jika kita tidak mendapatkannya ia tidak akan memberi kesan buruk pada kehidupan. Seperti membeli iPad, Menaik taraf telefon ke lebih canggih dan sebagainya.

Akan tetapi dalam kehidupan kita ni, bila kita mahu membuat pilihan adakah ianya keperluan atau kemahuan kita?. Adakah akan memberi kesan buruk jika kita tidak mendapatkannya. Kita ambil contoh  situasi.

Situasi:


Antara menaik taraf telefon dan menyimpan wang untuk keluarga masa depan, manakah yang lebih penting?.

Berdasarkan situasi diatas, manakah kita lebih cendorong untuk memilih?. Sungguh jika seseorang itu gila gadget, mungkin akan menaik taraf telefon. Tetapi, adakah kita berfikir kesannya jika kita menaik taraf telefon tersebut?. Adakah kita akan menaik taraf telefon itu sekali sahaja atau bila masa akan keluar edisi baru dan kita akan menaik taraf lagi?.  Apakah kesan buruk jika tidak menaik taraf?. Adakah sehingga boleh mengakibatkan kemiskinan?. Sungguh ianya akan nampak seperti kemahuan.


Andai menyimpan wang untuk keluarga masa depan, itu merupakan sesuatu yang baik. Kerana ia adalah keperluan. Keperluan untuk hidup pada masa depan. Jika sesuatu perkara buruk berlaku, dan jika tiada wang untuk digunakan kerana menaik taraf telefon tersebut. Tidakkah akan mengganggu kehidupan anda?. Sehingga boleh menyebabkan keburukan pada keluarga jika ianya berkaitan dengan penyakit atau sebagainya?.

Cuba sahaja kita lihat dalam situasi ini, mana yang lebih baik dan mana yang sementara sahaja 'baik'nya. Mungkin sukar untuk membuat keputusan, tapi cuba pula kita berfikir, mana satu keperluan dan mana satu kemahuan. Jika keperluan maka, perlulah dipilih, jika kemahuan, ianya boleh ditunda malah mungkin keperluan itu akan membuatkan kita memilih pilihan yang tepat.

Pelbagai situasi kita pernah lalui antara kemahuan dan keperluan. Mari bersama kita berfikir sejenak dan memilih mana yang lebih baik untuk kita, dan tidak menjejaskan masa depan. Sungguh saya katakan, jika kita banyak mengikut kemahuan, ianya tidakkan puas dan tidak akan putus dari terus menerus meminta dan memahukannya.
Kemahuan ibarat air laut, lagi diminum, lagi bertambah hausnya.

Muhasabah diri kita semoga kita tidak hanyut dalam kemahuan nafsu kita dan akhirnya kita sendiri alpa dan lupa keperluan sebenar kita. Keperluan sebenarnya didunia ini ialah menanam pahala untuk dunia yang kekal abadi di akhirat kelak. Dunia ini ibarat mengembara, untuk ke tempat yang kekal abadi. Semoga kita tidak putus-putus membawa keperluan kita untuk akhirat kelak dan dibimbing selalu agar tidak tenggelam dalam sentiasa memenuhi kehendak kemahuan kita. InsyaAllah.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri.Ilalliqa’ InsyaAllah. Assalamualaikum

4 comments:

  1. keperluan wajib didahulukan, kemahuan cthnya upgrade hp bila ada duit lebih dan minat(kalau tak minat boleh jadi membazir pulak, sbb tak guna secara optima).

    ReplyDelete
  2. betul tu, keperluan diwajib, cuma kadang kala keliru sama ada perkara ini keperluan atau kemahuan, itu yang kena fikir betul2 tu. :)

    ReplyDelete
  3. Saya selalu kalah dengan kemahuan suatu ketika dahulu nasib baik cepat sedar. Kalau tidak mungkin saya terus hanyut dengan kemahuan

    ReplyDelete
  4. kita semua lemah, kadang2 juga terhanyut, saya mencerita kerana pernah juga terasa.. huhu

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014