7/11/2012

Bagaimana Tenangkah Hati Kita Ini?



Assalamualaikum, setiap insan dikurniakan sekeping kumpulan daging didalam dirinya yang dipanggil hati. Setiap insan mempunyai berbeza hati, ada yang klasifikasikan hati baik, hati busuk dan pelbagai lagi panggilan yang bertepatan dengan keadaannya. Bagaimanakah hati kita?. Pernah kita terfikir bagaimana kita melatih hati kita ini samada ianya termasuk dalam hati yang baik atau tidak. Bagaimanakah hati yang baik?.  Hati yang baik hanya datang kepada hambaNya yang sentiasa mengingati penciptaanya malah sentiasa mengagumi kebesaran dan kekuasaan penciptanya.

Pernah tidak dalam sekali dalam kehidupan kita, kita mencari ketenangan untuk hati kita. Jauhkan dari rasa resah gelisah duniawi ini. Bagaimana datangkan ketenangan itu?. Pernah kita terfikir?. Mungkin bagi sesetengah orang akan menyangka untuk mendapatkan ketenangan hati dari keserabutan duniawi ialah dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan disamping dapat melupakan segala masalah. Adakah benar tindakan tersebut akan member ketenangan dalam hati kita?.

Cuba kita selidik kembali darimana terciptanya hati kita. Sudah tentu Allah S.W.T yang menciptanya dan semuanya yang diciptaNya akan kembali kepadanya satu hari. Bila kita menyebut ‘semuanya akan kembali kepadanya satu hari nanti’ bermakna segala yang ada di dalam badan termasuk juga hati ini adalah milik Allah dan bagaimana kita mahu memelihara sesuatu menjadi baik jika kita meminjamnya dari orang lain?.

Sudah tentu kita kembali kepada pemilik barang tersebut untuk mengetahui cara memelihara sesuatu itu lebih baik. Begitu juga pada hati. Hati yang tenang hanya akan betul-betul tenang dengan kita kembali kepada penciptanya. Semakin dengan kita dengan Allah, semakin dekat kecintaan kita malah akan member ketenangan dalam hati yang sering kali kita tidak sedar.

Sering kali bila kita berseronok untuk menenangkan hati, adakah hati kita akan bertambah tenang?. Atau makin bertambah titik hitam oleh sebab aktiviti yang kita lakukan?. Saya terlihat ramai golongan kini yang tidak nampak apakah sebenarnya ketenangan hati tersebut. Apa yang mereka tahu, hati yang tenang dari keserabutan dunia adalah dengan melakukan aktiviti yang mereka suka seperti menonton wayang, gelak sana sini, membeli belah dan sebagainya. Tapi mereka lupa sebenarnya hati mereka tetap tidak tenang. Apa yang mereka rasa hanya ketenangan seketika. Ketenangan seketika yang hanya membuang masa dan lebih keruh lagi boleh manjauhkan dari Allah.

Hati yang tenang hanya akan diperoleh dari menagih cinta dari Allah S.W.T seperti zikirullah, membaca kata-kata Allah iaitu al-Quran, mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dan banyak lagi. Semakin dalam cintanya kita padaNya, Insya-Allah ketenangan hati yang sebenarnya akan tercapai dan tidak kisah apa jua masalah dan keserabutan didunia ini kita akan menampakkannya dengan tenang dan bukan dengan kesusahan. Semakin dekat kita dengan Allah, semakin bersihnya hati kita, semakin tenanglah ia.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia.

(Ar-Ra'd 13:28)

Sungguh bukan aktiviti duniawi yang kita lakukan itu memberi ketenangan akan tetapi hanya Allah sahaja yang memberi ketenangan hakiki kepada manusia yang dicintaNya agar semakin meningkat rasa cinta dan sayang kepada penciptaNya iaitu Allah S.W.T. Suka ingin saya katakan, tatkala kita mencapai ketenangan hati yang sebenar dari kita mencintai Allah, segala kesukaran dunia ini akan mudah kita atasi dan akan meningkatkan lagi rasa cinta lagi dan saying kepadaNya. Bukan segala aktiviti yang kita sangka akan memberi ketenangan yang akan membantu kita dalam kesusahan duniawi. Semoga kita semua memperoleh ketenangan yang hakiki disamping memandu kita kejalan yang benar dan meningkatkan kecintaan kepadaNya.

4 comments:

  1. Bagi aku, utk menenangkan hati selalunya baca Quran. memang tenang lepas tuh.
    selain dari itu jika berada diluar rumah, mknlah buah anggur
    + coklat.

    ReplyDelete
  2. Assalammualikum wbt.

    Betul, dalam dunia, wang dan harta hanyalah sebagai satu medium sahaja untuk gembira, tapi bukan penentu utama. Paling pening adalah mencapai ketenangan hati di dalam hidup. Untuk capai itu, memang kena dekatkan diri kepada ALLAH mencari jalan-jalannya dan sentiasa berzikir. InsyaALLAH.

    Selamat berpuasa dan juga bersahur : )

    ReplyDelete
  3. betul2.. itu pun salah satu juga.. sebab apa yang pemikiran orang kini ketenangan mereka cari ada yang salah.. :)

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam. Yup, semoga kita sentiasa tergolong dalam hambanya yg sentiasa mengingatiNya dan mendapat ketenangan yang hakiki. :)

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014