8/07/2012

Kerana 5 Minit



Alhamdulillah. Dapat juga menaip dan mengemas kini blog yang sadis dari segi updatenya. :D Maaf jika ada yang menunggu updatenya. Syukur, hari ini hendak dibangkitkan mengenai 'Kerana 5 minit'.

Pernah tidak dalam hidup kita, sebab 5 minit macam-macam berlaku. Mungkin bila masuknya waktu zohor dan kita berkata, ala, 5 minit je lagi, sedar tidak sedar, habis terlajak ke waktu asar. Nauzubillah. Alangkah malangnya kita tatkala disebabkan 5 minit sehingga kita terhanyut ke lembah kehinaan.

Bukan itu sahaja, rasanya hampir semua perkara yang kita lakukan, dengan hanya sebab 5 minit kadang kala boleh jadi 500 minit malah lagi teruk berhari-hari. Hahaha. Itulah kita manusia, tiada yang sempurna dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi terbaik.

Sungguh jika kita melambatkan solat itu banyak keburukkan. Boleh tidak kita terbayang jika kita melambatkan solat, lalu kita meninggalkan di saat kita tidak lagi menunaikan tanggungjawab. Ya Allah, jauhkanlah kami sebegitu. Banyak lagi konteks yang dapat kita lihat padah daripada 5 minit kita menunda seperti temu janji, dan sebagainya.


Akan tetapi alangkah ruginya kita jika kita selalu melengah-lengahkan masa kerana kita dikalangan orang yang rugi. Masa akan sentiasa memancung kepala mereka yang terleka. Masa tetap akan berlaku tanpa mengira siapa, dan dimana jua kita berada.

Insya-Allah mari kita bersama memperbaiki diri dan cuba untuk menjadi lebih baik dan menghindari diri dari berkata '5 Minit lagi'. Semoga kita semua dibimbing olehNya.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari terleka hal duniawi dan Ya Allah, sedarilah kami jika kami terleka kerana kami hambamu yang lemah dan sentiasa mencari cinta dan rahmat dariMu. Ya Allah, kami sedar bahawa masa kami dibumi ini sebentar sahaja dan jadikanlah kami hambamu yang meletakkan bumi ditangan dan akhirat di hati kami. Amin. :) 

20 comments:

  1. Ehm, itulah kerana 5 mnit... Pandailah menjaga masa..

    ReplyDelete
  2. masa itu emas jadi hargainya sebaik mungkin :)

    ReplyDelete
  3. betul. dalam 5 minit, macam-macam boleh berlaku.

    ReplyDelete
  4. yup.. kadang2 kita sendiri susah nk sedar.. hehehe

    ReplyDelete
  5. btul2.. bersama kita mencapai target utk menggunakan masa yg terbaik. :)

    ReplyDelete
  6. sedar2 bukan 5 minit.. dah 50 minit.. hehe

    ReplyDelete
  7. askm, InsyaAllah sama2 kita memperbaiki diri sentiasa menfaatkan masa dan tidak berlengah2.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam, amin. semoga kita sentiasa sedar akan masa dan tidak terleka. :) terima kasih.

    ReplyDelete
  9. yup, 5 minit tu sama ada membazir atau gunakannya sebaiknya

    ReplyDelete
  10. btul. kdg2 kt traffik light yg 99 saat tu pun kita rasa sangat lama. hehe

    ReplyDelete
  11. Betul sangat. Istilah 5 minit ni berkait rapat dengan sikap procastinating, sikap yang mana masih ramai kita sedang berusaha untuk buang dari dalam diri masing-masing. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Boleh siap satu entry dengan lima minit, oleh itu orang kata masa itu emas hehe

    ReplyDelete
  13. yup.. bila kita tangguh2.. lama jadi lambat, lagi worst kalau tak buat langsung.. hehe

    ReplyDelete
  14. hehe.. btul2.. tapi kualiti kena jaga jgak, mcm sy ni ada masalah dalam update blog.. hahahaha

    ReplyDelete
  15. Rasanya paling bahaya kalau masa tidur.
    Contohnya, bila Subuh. Kalau "5 minit lagi", memang terlepas waktu Subuh la. Waktu lain pun sama.

    ReplyDelete
  16. haha.. btul2.. itulah datangnya godaan syaitan tu.. :D

    ReplyDelete
  17. ^^

    '5 minit lagi' neh selalu berlaku waktu nak bangun suboh kan?

    Instead of berfikir, '5 minit lagi', say, '5 minit aje, lepas tu leh tido balik' hikhik

    ReplyDelete
  18. bila tido balik.. sedar2 smpi tengahari.. hehehe

    ReplyDelete
  19. bila masuk time solat ramai yg cakap 5 minit lagi aku bangun la p solat..
    mesti ramai yg buat camni..hahaha
    tengok2 dah terlajak solat tu lebih2 lagi kalo solat subuh :)

    ReplyDelete
  20. subuh yang kritikal tu... 5 minit.. sedar2 6 jam dah lalu.. hehe

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014