10/07/2012

Anak Aset Ibu Bapa Ke Syurga Atau Neraka



Assalamualaikum, wahai sahabat-sahabat yang membaca blog ini, biarpun kurang dari 50 visitor sehari. Saya harap biar seorang yang membaca, ianya memberi impak sehingga selamanya. Insya-Allah.

Hari ni hamba nak berkongsi mengenai 'Anak Eset Ibu Bapa Ke Syurga Atau Neraka?'. Ya Allah, setiap kali hamba memikirkan ini, tersentuh hati hamba, 'aku ni, anak yang macam mana?', 'Aku ni bawak mak ayah aku kemana?'. Syurga atau neraka?.

Sungguh, mahukah kita melihat kedua ibu bapa disoal kelak kenapa anaknya tidak taat kepada Allah?. Allah, takut hamba mengingatkannya. Anak itu satu anugerah dan AMANAH yang paaaaaling besar pada kedua ibu bapa. Dari didikan agama yang paling penting sehinggalah menjadi seorang yang berguna untuk agama dan negara.


Cuba kita bayang, mak ayah yang meninggal, seorang anak yang berjaya di didik oleh mereka dari segi agama, boleh bayangkan macam mana mak ayah itu dia mandikan, doakan, tanamkan?. Bagaimana pula jika anak itu gagal di didik?. Belajar masuk UiTM, UTM, USM tapi mandi jenazah, kafankan, doakan semua tak reti. Nauzubillah. Kita ni yang mana?.

Seringkali hamba teringat dan takut, hamba mahu membawa mereka kesyurga. Sungguh!. Syurga sahaja tempat ibu bapa hamba yang telah mendidik hamba dari kecik sehingga besar. Tapi adakah hamba mampu, Ya Allah.

Muhasabah diri kita, tiada yang terlambat dalam islam, satu kesedaran dapat merawat 1000 hari akan datang. Insya-Allah. Hamba berharap hamba menjadi anak yang membawa mak dan ayah ke syurga. Perit getir mereka, memang tiada harga untuk dibayar, hanya syurga sebagai ganti. Insya-Allah.

Ya Allah, jadilah kami seorang anak yang boleh membimbing ibu bapa kami ke syurgaMu bukan nerakaMu. Sesungguhnya syurgaMu dapat membalas jasa kedua ibu bapaku yang banyak berjasa untuk diriku ya Allah. 

*Lihat video ini agar kita sedar dan nampak lebih jelas bahawa kita anak Aset Ibu Bapa kesyurga atau neraka.

7 comments:

  1. Benar dan DMCC pun kdang2 pelik dengan sesetengah orang, cth sahaja : di Facebook tulis sayang emak dan bapak tapi dalam masa yang sama berbuat 'sesuatu' yg kurang elok ... pernah terbaca ( kalau salah tolong betulkan ) dosa anak lelaki ditanggung oleh ibu dan bapa sehingga anak lelaki itu baligh, dosa anak perempuan pula dikongsi bersama ibu dan bapa sehinggalah mereka bersuami dan dosa setelah berkahwin dikongsi oleh si suami ... Wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. berbeza sungguh dengan blog hiburan dengan blog peribadi dari segi visitor kan. Cthnya dulu aku pernah wat kajian antara blog hiburan dengan blog peribadi. Jauh berbeza visitor setiap hari. 10k satu hari paling low pun 3k. Itu tentang blog aku yg dulu sebelum kena ceroboh ngan hacker bangan.. kahkakakah...

    ReplyDelete
  3. owh.. pernah jugak terdengar, tapi ada juga kata dosa kita tidak ditanggung oleh sesiapa selain diri sendiri. tapi cuba kita lihat, jika seorang anak itu melakukan dosa, tidakkan kesalahan ibu bapa yang kurang mendidik mereka. situ yang menjadi tanggungan seorang pendidik.

    ReplyDelete
  4. depends, sekarang ni fenomena guna fan page, bukak blog seminggu pun dah boleh dapat beribu2 sehari.. huhu

    ReplyDelete
  5. Sebagai anak kita kena berfikir sebelum bertindak, jangan sampai memalukan dan mengaibkan mereka

    ReplyDelete
  6. betul2..kena fikir banyak kali kalau nak buat apa2.. jgn sampai menyesal.

    ReplyDelete
  7. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014