1/26/2013

Status Kebersihan Hati Kita


Assalamualaikum, Alhamdulillah. lama dah tak menulis. Akhir sekali pada 16 Oktober 2012. Sudah berbulan tidak mengemas kini blog kononnya sibuk dengan duniawi. Lemahnya.

Dalam diri manusia ni ada iman. Iman yang mendorong diri manusia tersebut kearah mana  mereka akan pergi. Samada terus atau hala yang gelap gelita. Dalam diri juga ada seketul perkara atau sesuatu yang sangat istimewa. Bernama Hati. Hati ni kalau kita nak cerita mengenainya sangat lah panjang. Sungguh ciptaan Allah S.W.T itulah yang istimewa dan banyak rahsia disebaliknya dan hanya manusia yang benar mengkaji dan mempelajarinya lagi akan mengenai penciptanya yang Maha Bijaksana.

Kali ini hamba nak cerita mengenai bersihnya hati kita ini?. Kita lihat situasi ini.
Woi, sombong la kau sekarang, tak nak tegur, mentang-mentang la pandai kaaaann.. kaaaannn..

Apakah perasaan anda setelah anda dipihak orang yang dikatakan 'sombong' tersebut?. Suka?. Marah?. Sedih?. Macam-macam kita rasa. Tetapi cuba kita lihat dari perspektif mereka yang memanggil tersebut. Kenapa dia panggil kita sombong, sebab kita tak tegur dia dah lama?. Pernah tidak dia terfikir kenapa orang tersebut tidak tegur dia dah lama, Malah hanya lihat pada kehinaan yang pihak tersebut lakukan, lalu dipanggilnya sombong.

Seorang hebat pernah berkata:
Don't judge people, But put you in their shoes

Disini hati kita memainkan peranan. Hati yang bersih akan nampak sesuatu yang bersih, cantik dan suci lagi sedap pemikiran untuk memikirkannya. Manakala hati yang kotor akan nampak sesuatu yang hina, kotor lagi keji dan menyakitkan hati untuk kita fikirkan. Jika kita fikir seseorang itu sombong, walhal itu hanya menurut sangkaan kita bahawa dia pandai atau sebagainya. Sangkaan yang datang dari hati yang sudah tidak bersih lagi yang hanya nampak pada kekejian. Nauzubillah.

Akan tetapi kalau kita nampak seseorang itu sombong, dan kita berfikir, mungkin mereka sibuk dan sentiasa bersangka baik. InsyaAllah ianya akan memberikan ketenangan pada diri malah membaiki diri kita agar kita tidak mahu menjadi seperti dia.

Sebagaimana Rasulullah S.A.W mempunyai hati yang sangat bersih sehingga beliau dihina dan dikeji tetapi beliau tetap senyum dan terima dengan hikmah dan sangkaan yang baik.

Sekarang?. Baru sahaja kita tidak ditegur sudah sahaja ditomah dengan pelbagai sangkaan buruk yang menggelapkan lagi hati kita itu. Sudah nampak kesan hati yang kotor itu?. Ianya akan mengusutkan kepala kita apatah lagi pemikiran kita sendiri.

Oleh itu wahai sahabat yang membaca, tiada satu pun manusia yang sempurna di atas muka bumi ini dan masing-masing melakukan kesilapan. Muhasabah diri kita ini sentiasa. Kita bersalah, mereka juga sama. Jika seseorang itu melakukan kejahatan pada kita, jangan dinilaikan diri mereka khuatir kita juga sama seperti mereka. Malah kita pelajari dari mereka dan bersangka baik. Allah memberikan kita hati yang bersih tetapi kita sendiri yang mencemarinya dengan sangkaan yang tidak elok. Perlakuan kita, itu hati kita.

Jika sahabat itu sudah lama tidak menghubungi, bersangka baiklah mungkin dia sibuk atau ada masalah dimana memerlukan kita. Bukan lagi kita mengeruhkan lagi keadaan dengan berkata perkara negatif. Tidaklah situasi ini hanya untuk situasi sombong sahaja malah banyak lagi.
Bagaimana kita nak tahu hati kita bersih atau tidak?.
Kita lihat sahaja sesuatu itu, jika kekotoran yang kita nampak, itu sudah tahu bagaimana keadaan hati kita. Jika kebaikkan kita nampak, alhamdulillah, masih terpelihara hati kita dari dicemari. Bersihkan hati dengan zikir dan dekat padaNya malah selalu mengingatiNya agar kita sentiasa di pelihara dibawah kerahmatanNya insyaAllah. Wallahualam. :)

5 comments:

  1. mari.. dengan kurangkan menilai buruk pada manusia.. :)

    ReplyDelete
  2. [...] var wu=["http://platform.twitter.com/widgets.js","http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1","https://apis.google.com/js/plusone.js","http://platform.linkedin.com/in.js","http://platform.stumbleupon.com/1/widgets.js"],wc=5; function wpsrload(){ for(var i=0;i ← Status Kebersihan Hati Kita [...]

    ReplyDelete
  3. [...] salah dan betul kerana mereka sudah  biasa mengelakkan yang salah dan sudah tidak nampak lagi. Hati yang bersih tatkala di titikkan sedikit demi sedikit dengan ketidak pedulian yang hitam, lama-lama akan kurang [...]

    ReplyDelete
  4. [...] Berserah pada Dia. Siapalah diri ini kerana hanya Dialah yang memberi kekuatan. Dialah memahai isi hati kotor ini yang mahukan pembersihan. Setiap titik pembersihan dari segala penyesalan. Mahukan kekuatan. [...]

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014