2/18/2013

Harta Kita Sekarang Ini, Adakah Benar Harta Kita?


Assalamualaikum. Alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah untuk beribadat padaNya dan semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. Setiap hamba yang dihidupkan Allah akan berusaha dalam menjayakan hidup mereka tidak kira tua atau muda. Dalam setiap usaha itu akan ada ganjarannya. Pelbagai ganjaran jika kita niatkan kerana Allah lalu ia menjadi ibadat dan pelbagai faedah darinya.

Hari ini hamba nak menceritakan mengenai harta kita semua. Semua orang ada harta, ada kereta, telefon, rumah, dan sebagainya tidak terkira harganya. Akan tetapi pernah kita terfikir adakah itu harta kita?. Ya, memang ianya milik kita tetapi adakah milik sebenar kita?.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

3 perkara yang akan membantu kita tatkala sudah tiada di bumi Allah ini ialah sedekah, ilmu dan anak yang soleh. Sedekah. Luas jika hendak hamba terangkan mengenai sedekah. Pelbagai perkara yang termasuk didalam sedekah seperti senyum, memberi wang kepada yang memerlukan, malah membantu seseorang dalam kesusahan juga bersedekah.


Sungguh hamba sangat kecewa dengan sikap segelintir hamba yang lain dimana sikap buruk siku, ungkit mengungkit berlaku. Dimana pertolongan nya diambil kira setelah melakukannya. Sungguh mereka dalam kalangan yang rugi kerana mereka tidak nampak harta mereka itu. Paling mengecewakan tatkala ianya akan mempengaruhi orang lain dan membuatkan orang lain akan berfikir "Semua orang akan mengungkit kelak, atau takut budi tidak terbalas".

Ianya bukan berkisah budi, tapi dari hati seseorang itu yang menolong. Dalam hatinya berniat bahawa membantu dalam memberikan harta yang kelak sudah pasti miliknya. Inilah yang hamba nak terangkan. Harta kita sekarang ini belum pasti harta kita sehinggalah kita beribadatkan kerana Allah dan ianya akan manjadikan harta kita kelak di akhirat. Paham?.
Ali memberikan Abu sebuah kereta untuk kegunaan harian

Dalam situasi ini Ali menyedari bahawa hartanya InsyaAllah akan menjadi harta dia kelak di akhirat untuk kegunaan dunia yang kekal abadi kelak. Bukanlah hendak berlagak mahupun mengharapkan balasan dari dunia. Alangkah indahnya dunia jika semua orang bersikap begini bukan?. Tetapi itulah Allah memberikan pilihan yang sangat banyak pada hambanya tetapi adakah hambanya memilih pilihan yang benar?.

Wang yang kita miliki itu bukanlah harta kita lagi tatkala kita sedekahkan pada orang lain, itulah harta kita kelak untuk membantu kita pada dunia yang kekal. Banyak perkara lagi yang hamba boleh ceritakan seperti memberi barang, membantu, zakat, dan sebagainya. Seseorang pernah berkata kepada hamba jika seseorang memberikan sesuatu terimalah, mungkin itu akan menjadi hartanya dan kerana dia memilih kita menjadikan hartanya itu harta yang sebenar. Tiada yang kebetulan, tiada yang sia-sia, itu semua takdir Allah.

Oleh itu, hamba selalu mengingat pada diri dan sahabat-sahabat untuk sentiasa ringan dalam sesuatu yang boleh memberikan hamba harta yang sebenarnya pada kemudian hari. Usah takut menerima, tetapi hamba mengatakan pada diri, mungkin kerana Allah memilih hamba sebagai seorang yang menjadi amanah memegang harta seorang yang lain agar hartanya itu menjadi harta yang sebenarnya. Wallahualam. Assalamualaikum. :)

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014