2/01/2013

Perangai Macam Hantu Kau Ni, Tengok Cermin, Eh?


Assalamualaikum. Alhamdulillah segala puji hanya kepada Allah atas apa kita lakukan. Dalam hidup ni pernah tidak kita menilai manusia sehingga macam-macam kita kata. Kau ni jahat lah, perangai macam hantu la, kau ni merapu lah ape lah. Cuba kita tengok cermin, lihat diri kita. Eh?.

Kenapa Eh?. Kita lihat dalam cermin tu kita nampak perangai yang teruk itu ada pada kita ke?. Eh?. Mudah sangat kita menilai manusia itu ini tapi kita sendiri yang berterabur. Memang lumrah manusia bila kita tidak suka akan sesuatu kita akan membenci lagi kita menjauhi. Tapi yang menjadikan sesuatu yang keruh lagi mengeruhkan ialah kita menilai dengan kekotoran menjadikannya ia lagi kotor lagi hina.

Sebagai contoh :
Ahmad menjerit-jerit ketika abangnya solat. Sedangkan dia tahu abangnya sedang solat.
Sebagai manusia, sudah tentu kita menilai. Ahmad ini seorang yang biadab. Akan tetapi penilaian dari sesuatu yang kotor akan lagi menghinakannya lagi. Bagaimana tu?. Kita melihat Ahmad menganggu seseorang solat lalu kita menghinanya lagi. Tidak dapat apa-apa pun melainkan marah dan geram sahaja malah mengimarahkan lagi nafsu amarah. Sudah nampak sesuatu yang kotor di kotorkan lagi?

Alangkah ruginya kita tatkala dalam kekotoran itu jika kita menilai dengan sesuatu yang bersih kita akan membersihkannya lagi. Jika kelakukan Ahmad diatas kita menganggap ianya biadab, jikalau kita menilai dengan bersih iaitu kita menganggap ianya satu pengajaran bagi kita supaya kita tidak melakukan perkara tersebut.

Antara yang hamba nampak sekarang ini, malah diri sendiri juga, kita akan menampakkan kehinaan seseorang itu sehingga kita mengkeji, hina dan sebagainya akhirnya kita yang tenggelam dengan kekotoran yang kita sendiri ludahkan. Lagi malang dengan tenggelamnya kita dalam kekotoran, terpalit pula kekotoran itu pada kita dan kita juga melakukannya. Akhirnya?. Sama juga setaraf kita dengan mereka.

Untunglah kita jika kita melihat kekurangan seseorang itu dengan mempelajarinya untuk diri kita supaya mengajar diri kita menjadi lebih baik. Bukan setaraf dengan mereka. Allah mencampakkan rasa benci itu untuk manusia membenci kerana Allah sungguh Allah membenci perkara itu dan kita merasainya juga. Tetapi bukan untuk kita menjadi seperti mereka, akan tetapi kita mempelajarinya.

Sepertimana kita lihat sahaja kaum terdahulu yang dilenyapkan oleh Allah. Dalam kehinaan itu, Allah memberi pengajaran pada manusia kini kerana dalam kebencian itu jika kita menilai sesuatu yang baik ,kita akan nampak yang baik. Segalanya bermula dengan hati kita. Apakah status kebersihan hati kita untuk kita nampak sesuatu itu dari aspek penilaian yang bagaimana?. Tepuk dada, tanya iman kita. Wallahualam. :)

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014