2/04/2013

Perkara Remeh Itu Membuta dan Mengeraskan Hati


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Ya Allah bersihkanlah hati kami sebagaimana bersihnya baju yang bersih. Sedang hamba menjamu sebentar tadi. Ada sesetengah perkara remeh yang kita sukar nak nampak dan ini salah satunya. Terjadi satu situasi dimana sangat menduka citakan dan terdetik kekesalan dengan sikap manusia.
Seorang ayah yang tidak dapat duduk makan kerana menjaga anaknya berumur lebih kurang 3 tahun dari asap-asap perokok kerana kedudukan mereka yang menjadi laluan angin dan kebetulan asap rokok juga.

Kedai tersebut sudah penuh tempat duduk yang lain yang menyebabkan mereka terpaksa duduk disitu memandangkan masa mula-mula mereka memilih tempat itu kelihatan elok sahaja. Apa yang membuatkan hamba rasa terkilan ialah sikap manusia sekeliling. Sungguh sebagai manusia ni, agak mustahil jika kita melihat seseorang yang lain berkelakuan pelik, kita tidak perasan atau melainkan hati kita ini memang keras dan tidak ingin ambil tahu?. Nauzubillah.

Sungguh hamba yang duduk berdekatan rasa tak selesa tengokkan. Kasihan, mengapa manusia yang berdekatan merokok itu langsung, LANGSUNG tidak berasa apa-apa. Disitu hati kita memainkan peranan. Hati yang keras dan buta tidak akan nampak lagi. Kerana mereka sudah biasa sikap, 'Ah' , 'tidak apa la', 'tiada apa-apa pun', . Sikap PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Akhirnya mereka tidak akan nampak lagi yang mana salah dan betul kerana mereka sudah  biasa mengelakkan yang salah dan sudah tidak nampak lagi. Hati yang bersih tatkala di titikkan sedikit demi sedikit dengan ketidak pedulian yang hitam, lama-lama akan kurang rasa serba salah yang hadir dari iman oleh kerana ditenggelamkan dari kehitaman sikap mereka. Bayangkan jika anda ada anak yang kebetulan sakit dan tidak boleh bau asap pada masa yang sama asap rokok bertubi-tubi datang. Mungkin anda akan berkata, 'Kenapa nak makan situ juga, tiada tempat lain ke?'. Jawapan hamba, kenapa ada membuat perkara kurang elok itu, tiada tempat lain ke?.

Jadilah manusia yang kisah tentang persekitaran, bukan dirinya sahaja. Hamba pun banyak kekurangan dan banyak melihat sikap manusia untuk mempelajari hamba tentang kehidupan. Sikap sebegini sudah lama hamba lihat diluar, sangat-sangat kesal dengan manusia begini, Semoga Allah memberikan mereka peluang agar dapat bersihkan hati mereka dan nampak yang benar. Jangan petingkan diri sendiri, jangan kita melihat kehinaan itu satu kehinaan malah kita belajarlah. Fikirlah tentang manusia yang lain kerana kelak ia akan berbalik pada kita.  Wallahualam. :)

2 comments:

  1. kita sememangnya serba kekurangan... namun harus cuba perbaiki diri sebaik mungkin

    ReplyDelete
  2. betul tu.. hamba pun suka tgk sikap manusia dan belajar dari mereka.. tulis kt blog supaya ramai boleh belajar.. :)

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014