3/23/2013

Hayati Islam, Bukan Menyempitkan Islam


Assalamualaikum, Alhamdulillah. Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir – wahai tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yg engkau turunkan. Hamba pun cetek sahaja ilmu sebenarnya, tapi lebih suka melihat tingkah laku manusia sekeliling lalu dikaitkan dengan agama kerana memang itu sebenarnya dalam kehidupan. Pernah dengar 'Islam is the way of life'?. Cubalah kita gunakan itu dalam kehidupan, dari tingkah laku manusia sekeliling malah tindakan kita sendiri.

Dalam memerhatikan sikap mereka, satu yang hamba lihat dikalangan kita ini, ada yang terlampau 'islamik' atau terlampau strict dalam islam. Ye, tidak salah hendak menghayati secara total dalam kehidupan. Tidak salah. Akan tetapi cara penghayatan itu yang menjadikan ianya salah. Menunjukkan islam itu sempit, Ketat, dan tidak menunjukkan nilai islam yang sebenar sepertimana kita sebut diatas 'is the way of life'. Islam itu pemberi cahaya, menerangkan jalan, dan penunjuk jalan. Bukan pemberi cahaya, tapi menyesatkan lagi.

Sepertimana kita lihat sekarang, mereka yang terlampau mengamalkan islam sehingga menyusahkan diri dan orang sekeliling. Ada hamba membaca di blog drmaza.com iaitu contohnya dalam motivasi, mereka menyuruh kita meminta maaf kepada semua sebelum tidur. Dengan menggunakan nama islam. Tidakkah kita menampakkan ianya satu kesusahan bagi kita?. Nak menghubungi seorang demi seorang sehingga ianya menghabiskan wang malah menguntungkan lagi syarikat telefon. Tidak salah mahu meminta maaf, tapi penghayatannya iaitu meminta maaf kepada semua lalu mungkin jika ada yang mengikutnya akan merasakan ianya sesuatu yang wajib, lalu disebarkan kepada semua dan apatah lagi sekarang dengan wujudnya facebook, mudah sahaja berita tidak sahih tersebar. Tidak pula tercatat di al-quran mahupun hadis tentang perlakuan ini dan jika dilihat, sahabat dahulu, mempunyai ramai sahabat, malah mereka tidak mempunyai kemudahakn seperti kita sekarang, Whatsapp, viber dan berbagai. Bagaimana mereka nak meminta maaf kepada semua?.

Tatkala islam di'jual' demi keuntungan diri sendiri. Sedih melihatkan mereka. Sering kali hamba terlihat difacebook bahawa ada yang berkongsi gambar atau ayat tips dan sebagainya. Ada yang hamba baca seolah-olah langsung tidak masuk akal dan luar dari kemampuan. Tapi ianya sudah tersebar beribu-beribu orang telah percaya. Sebagai contoh ianya melibatkan perlakuan ini dan ini, maka balasan akan ini dan ini. Dari mana mereka mendapat sumber tersebut?.. Hanya dari perkataan malah dari gambar yang ditulis perkataan sahaja sudah percaya.

Lebih malang lagi ialah apabila ianya melibatkan rasa keterpaksaan dalam meng'share' perkara tersebut. Sebagai contoh, jika tidak share, itu ini akan terjadi, jika tidak share, perkara buruk menimpa. Lebih menyedihkan ianya menyebutkan nama ISLAM. Ya Allah, sedangkan Allah sendiri tidak memaksa seseorang hamba untuk memasuk islam, apakah kita ini sehingga hendak memaksa seseorang melakukan itu ini. Sehingga perasaan serba salah dan terpaksa yang tidak benar berlaku. Lebih lebih malang ianya sesuatu yang palsu dan salah. Nauzubillah.
Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.

(Qaaf 50:45)

Dan perkara lain pula ialah, jika anda suka ini, maka sikap anda ini. Itu semua sesuatu yang karut lagi palsu. Bila al-Quran dan hadis ditolak tepi, dan sesuatu tafsiran merapu menjadi pegangan mulalah manusia percaya yang bukan-bukan dan disitulah akidah dan iman mereka sedikit demi sedikit tercalar. Mungkin kita akan cakap:
Ala, suka suka je la, nama pun sosial kan?. Nak serius sangat buat apa??!

Pemikiran begini yang amat merbahaya, mereka tidak sedar itu satu taktik dari syaitan untuk menghasut mereka. Pernah hamba membaca, taktik syaitan yang sangat licik, sehingga mereka sanggup membiarkan kita beribadat kepada Allah, akan tetapi akan terdetikkan dalam hati kita supaya rasa riak dan takabbur terjadi selepas lama kita beribadat. Nauzubillah. Sungguh syaitan sentiasa berada di pembuluh darah manusia.

Banyak lagi perkara yang menunjukkan islam ini sempit!. Tidak, ianya tidak sempit, tapi kita sendiri kurang menghayatinya. Fahamilah fitrah, fitrah itu dari Allah, jika dari Allah, kenapa kita nak sekat fitrah sedangkan ianya satu kurniaan dari Allah untuk hambanya. Tapi kenapa hambanya menyempitkan lalu sehingga menyekat fitrah tersebut. Mahukah kita menjadi seperti agama lain yang sangat sempit sehingga menyekat fitrah manusia?. Seperti kian popular sekarang ialah mengenai perasaan suka/cinta/ sayang dalam manusia, tindakan mereka yang menyekat perasaan fitrah manusia itu, sedangkan Islam ada cara yang betul itu melaksanakan bukan menyekatkan!


Oleh itu, hayatilah islam, tidak salah jika mahu menyebarkan dan belajar agama dari sesuatu yang dikongsi difacebook, tetapi perlukan berilmu untuk kita tapis dan pelajari ilmu tersebut. Kita menyedari bahawa kita ini buta dari ilmu, tetapi jangan jadikan kita lagi buta tuli dengan mempelajari ilmu yang salah.
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari & Muslim)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat 49:6)

Belajarlah dari guru atau buku, akan tetapi lebih elok dari guru supaya lebih banyak penerangan itu kita pelajari. Malah sekarang terdapat pelbagai channel youtube yang dapat mengajar kita. Hanya perlu search dan lihat sahaja. Ikutlah fikiran logik kita sendiri jika kita menerima sesuatu, adakah ianya menyusahkan kita atau memudahkan kita?. Dan tidak lupa juga untuk melihat aspek dari al-Quran, Hadis, dan para ilmuwan yang sahih ilmu mereka. Dekatilah ilmu, jauhilah kejahilan. Jika kita berasa kita kurang ilmu, lebih elok jika kita diam dan belajar, dari membuta tuli menyebarkan sehingga menyesatkan orang lain. Hayati Islam, Bukan Menyempitkan Islam. Wallahualam. Assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014