3/08/2013

Keterpaksaan Itu Satu Pembelajaran

Assalamualaikum, alhamdulillah. Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir - wahai tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yg engkau turunkan. Dalam melakukan perkara dibumi Allah ini. Ada yang kita suka, ada yang kita kurang suka. Bila kita bercerita mengenai paksa, keterpaksaan, siapa yang suka?. Dipaksa melakukan sesuatu tanpa keikhlasan. Adakah paksaan itu sesuatu yang buruk?. Atau baik?.

Buat apa nak paksa, buatlah kerana ikhlas, baru la elok kejenya tu.

Kata yang biasa diucapkan bila dipaksa ataupun tidak mahu memaksa. Sikap memaksa ini sebenarnya datang dari mana?. Adakah ianya baik?. Atau memberi keburukan?. Dari situ hamba nak melihat dari 2 perspektif, baik dan buruk. Paksa yang memberi keburukan?. Antara yang kita alami ketika terpaksa ialah tension, tekanan membuat kerja, tak ikhlas dan sebagainya. Paksa melakukan maksiat atau paksa melakukan kemungkaran. Dalam islam jika seseorang yang terpaksa melakukan keingkaran tetapi hatinya tetap pada islam, Allah mengampunkannya kerana Allah mengetahui setiap isi hati hambanya. Ini membawa pada situasi darurat dimana kita dibenarkan memakan bangkai dengan kadar secukupnya sahaja. Walaupun ianya dikira haram.

Paksa memberi kebaikan?. Macam mana tu?. Berdasarkan pendapat hamba, setiap paksaan itu sebenarnya memberi pengajaran. Islam tidak memaksa sesuatu, tapi islam dah menunjukkan sesuatu itu salah. Tapi manusia masih buta hati tidak nampak ianya salah. Sebagai contoh, menutup aurat, ada juga mereka berkata itu satu paksaan. Walhal islam tidak memaksa, tetapi islam dan memberitahu apa kesannya jika menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Ahzaab 33:59)

Contoh lain pula ialah solat, ada juga mereka kata itu satu paksaan, adakah ianya paksa sedangkan Allah dah mengatakan banyak didalam al-Quran kesan tidak solat. Apatah lagi balasan di nereka kelak. Banyak disebutkan. Selain itu, jika kita terpaksa melakukan sesuatu, bagaimana kita mengambil sikap tersebut?. Adakah dari perspektif ianya satu kecelakaan atau satu kelebihan bagi kita?.

Mengapa kita nak ambil sesuatu itu satu kecelakaan, sedangkan ianya ada kelebihan. Jika kita dipaksa melakukan sesuatu, ianya mengajar kita, malah memberi kita peluang lagi untuk belajar. Mungkin kita dipaksa dan kita melakukan dengan marah maki hamun. Tapi bila kita renung kembali, dengan sikap begitu kita lakukan, tetapi kita dapat pengalam bukan?.
Ali menyiapkan kerjanya dengan marah, mengamuk 3 hari 3 malam. Akhirnya siap sungguh mengambil masa lama.

Kita lihat, siap juga kerja tersebutkan?. :) tapi mungkin tidak sesempurna dengan ikhlas. Tapi siap dan dapat juga pengalaman tersebut. Sungguhpun ianya sedikit. Islam tidak mengira kualiti sebanyak kuantiti. Biarpun sedikit kuantiti yang kita dapat, tapi kita terima. Islam itu sesuatu yang mudah bukan yang sukar. Apa yang kita lakukan, ada yang kita suka untuk membuatnya, tapi memberi kecelakaan pada kita, ada yang kita benci melakukan, tetapi memberi kebaikan pada kita. Macam mana kalau perkara yang kita benci nk lakukan tapi memberi kebaikan sedangkan kita yang tidak mahu mengambil kebaikan itu. Tidakkah rugi?.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Al-Baqarah 2:216)

Kesimpulannya, apa-apa yang kita terima, ianya bergantung pada perspektif kita bagaimana mahu terima. Banyak perkara yang berlaku, banyak perkara kita boleh mengambil kira, samada baik atau tidak. Jika sesuatu yang hina berlaku depan mata kita, pandanglah dengan pandangan yang lurus, fikir dengan waras, ada sesuatu kita belajar dan untuk kita hindarkan. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Lihat status kebersihan hati kita bagaimana kita memandang sesuatu perkara dari perspektif yang bagaimana. Wallahualam. Assalamualaikum. :)

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014