5/17/2013

Berniat Baik Tetapi Menyakitkan?


Assalamualaikum, pernah tidak dalam kehidupan kita ini, kita diberi keputusan, rasanya terdapat pelbagai lagi keputusan yang kita dah buat sehingga ke hari ini. Tapi cuba kita fikirkan sejenak atas apa keputusan itu adakah atas landasan yang benar atau tidak?. Memang benar mahu berniat baik tetapi menyakitkan itu bagaimana pula?. Adakah landasan itu tidak penting?.

Landasan

Cuba kita lihat sahaja kereta api, ya, kereta itu membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, dan ianya satu tindakan yang benar, akan tetapi, cuba kita lihat pada landasannya, landasannya menegak, cuba pula kita mengubah landasan itu kepada sesuatu yang kurang elok, tidak kisah samada dari segi bahan mahupun dari rupa bentuknya, adakah niat atau tujuan membawa penumpang ke satu tempat yang tidak akan berubah?. Tidak!. Ianya akan berubah, samada dari segi keselamatan mahupun nyawa orang yang menumpang.

Berbalik pada landasan kepada keputusan, yela, mungkin senang untuk hamba berkata, itu ini sukar, susah dan sebagai untuk membuatkan keputusan. Akan tetapi kita mahukan sesuatu yang baik, tapi landasan atau asas kepada yang baik itu sudah tidak baik, dan kita harapkan yang baik?. Ianya seperti kita melakukan maksiat 24 jam, tetapi kita mahukan syurga Allah tanpa kita usaha. Ianya sia-sia!.

Mungkin sakit akan memberi keputusan itu. Biarlah sakit sekarang dari sakit yang lama banyaknya akibat keputusan atas sesuatu yang tidak benar.

Menjaga

Ya, niat kita mahu menjaga hati, bla bla bla dan sebagainya. Akan tetapi adakah kita menjaga hati dengan memberikan sesuatu yang tidak benar, Umpama memberi hadiah pada seseorang, sampul yang cantik, walhal dalamnya adalah sampah. Manakala adakah lebih elok jika kita berkata kita tidak mampu memberi hadiah dan orang tersebut akan lebih memahami.


Kadang-kala perspektif kita sendiri yang salah bagaimanakah dengan sifat menjaga tersebut. Kita menyangkakan dengan melakukan perkara yang salah akan menjaga yang "kononnya" mengorban diri untuk kebaikkan orang lain. Apakah kegilaan itu?. Islam juga sering berkata, matlamat tidak menghalalkan cara. Tidaklah kita bermatlamat nak menjaga hati sehingga kita lupa dosa itu apa walhal sebenarnya apa yang kita nampak menjaga hati sebenarnya melukakan lagi umpama musuh didalam selimut.

Jujur

Jujurlah biarpun ianya sakit. Jangan disimpan selagi mana ianya akan menjadi nanah, dan akhirnya sakit itu sendiri tidak dapat dipulihkan. Hamba sering melihat kadang kala benar tindakannya itu menjaga, tetapi tidak berkena dengan caranya yang melibatkan sesuatu yang tidak baik lalu menyakitkan lagi. Apakah sukar untuk kita jujur akan sesuatu itu? atau kita lebih suka rasa baik sekarang dan akhirnya dalam diam ianya satu kekotoran yang merosakkan. Adalah lagi hebat kesannya jika ianya sudah menjadi satu tindakan yang selalu dilakukan sehingga tiada lagi rasa segan silu bahawa ianya salah dan keliru dan buta bahawa ianya salah.

Biarlah merasa sakitnya kerana landasan yang benar. kerana ianya akan membawakan kepada matlamat yang lebih baik lagi. Daripada kita menciptakan satu landasan yang kotor yang buruk, biarpun matlamat asalnya baik dan akhirnya?. Adakah sesuatu yang kotor dan buruk itu akan bertahan lebih lama berbanding sesuatu yang baik dan benar?. Biarkan sahaja manusia mahu berkata kita ini apa itu ini asalkan kita ada landasan yang kukuh dan benar daripada ktia menjadi manusia yang putih diluar, akan tetapi hitam didalam.

Sungguh hamba sendiri merasakan perkara ini sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam majoriti masyarakat kini. Demi menjaga tanpa mengira landasan. Mereka alpa akan kesannya yang lebih lagi buruk dan akhirnya?. Bisa dan kehinaan yang timbul. Mungkin bukan sekarang, tetapi akan tiba juga masanya. Kerana kita ini manusia, manusia yang lemah yang tidak mampu membebankan sesuatu yang buruk sebegitu lama kerana "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua". Ada kita lihat orang yang berlandasan sesuatu yang baik dan jatuh kerana dia melakukkan perkara yang baik?. Apakah?. Tidak!. Tidakkah kita sedar bahawa tindakkan "kononnya" nak menjaga itu umpama mementingkan diri sendiri, kerana ktia tidak mahu sakit itu sekarang, walhal kita tidak nampak kesannya akan datang. Mungkin kita tidak mahu menyakitkan orang lain sekarang, tetapi ianya satu tindakan yang mementingkan diri sendiri kerana ianya akan menyakitkan orang lain itu kelak.


Praktikkan dalam diri ini supaya kita bersifat jujur dengan seseorang, bukan kerana mahu menjaga hati, hubungan atau sebagainya. Kejujuran itu penting kerana landasan itu akan membentukkan apakah keputusannya. Biarlah kejujuran itu satu kesakitan kerana landasan yang baik, jangan kesakitan atas landasan yang sudah lama kita bina atas perbohongan dan lakonan semata-mata. Lagi lama landasan itu terbina, lagi besar kesannya, landasan yang baik akan memberikan kesan yang besar akan kebaikkannya, landasan yang buruk. Wallahualam. Hamba berkata ini bukanlah berkata hambalah yang baik, hamba ingin mengingatkan kepada semua kerana hamba sendiri merasa akan kesakitan yang berlandasan tidak baik, keputusannya sangatlah tidak menyeronokkan malah merosakkan sebahagiannya kehidupan antaranya ialah KEPERCAYAAN. Semoga kita semua dipelihara dari diberi atas sesuatu landasan yang kotor dan kita sendiri memilih akan landasan yang baik. Ingatlah keputusan itu menciptakan satu landasan yang keputusannya bahawa kita sendiri yang menciptakan dari dahulu. Baik atau buruk. Baik sekarang dan hancur kelak, atau sakit sekarang dan baiknya kelak. Fikirkan. :)

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014