5/28/2013

Ego Dan Usia


Assalamualaikum, pernah dengar kata-kata "Kami ini makan garam dulu dari anda, kami tahu". Jawapan hamba "Banyak sangat garam sampai kena darah tinggilah tu". Haha. Memang benar saban hari kita hidup, makin banyak kita belajar. Namun setiap orang yang belajar dari hari tu, tidak semua memperolehi sesuatu itu dalam kadar yang sama. Mungkin hari ini kita rasa sudah banyak kita belajar, sedangkan ada juga yang langsung tidak tahu apa yang dibelajarnya. Be;ajar merangkumi pelbagai aspek, yang sudah kita ketahui ialah pembelajaran akademik. Di sekolah, universiti, pondok atau sebagainya. Tetapi yang kurang kita belajar ialah kehidupan yang mengajar kita ini. Pernah tidak kita lihat seseorang yang walaupun umurnya sudah lanjut, tetapi perangainya tetap sama seperti kanak-kanak, atau orang yang sudah kemalangan kereta berpuluh kali masih lagi memandu merbahaya. Kenapa?. Mungkin kerana terlalu banyak ilmu akademik sehingga sudah tidak muat ilmu kehidupan atau keras kepala tidak mahu terima?.

Kenapa Tidak Mahu Terima?

Antara yang hamba nak kupiskan dalam perkara ego dan usia ialah dimana disitu ada usia, disitu ada ego?. Benar?. Pernah kita lihat situasi orang yang berusia ini lebih egonya yang berkata dialah yang benar dan tidak layak ditegur. Apatah lagi seorang pemimpin. Adakah seorang pemimpin yang memegang pangkat paling tinggi tidak boleh ditegur kerana pangkatnya?. Sedangkan sahabat dahulu, ada yang ditegur oleh rakyat sendiri kerana sikapnya lalu menerima dan membetulkannya. Apakah kita ini lebih mulia dengan tidak mahu menerima teguran?.


Mengenai usia, mungkin masih ramai lagi berfikiran, lebih banyak usia seseorang itu, lebih banyak pengalaman dia, lebih banyak ilmu dia. Memang benar, mungkin sepanjang hidupnya itu yang lebih dari diri akan mengajar dia lebih lagi dari diri kita. Tapi tak semua apa yang diajar pada setiap detik usianya itu sama dengan apa yang kita belajar. Umpamakan didalam kelas, setiap murid belajar subjek yang sama, adakah setiap muridnya itu dalam input yang sama?. Adakah setiap seorang itu faham apa yang dipelajari?. Tidak. Setiap manusia dilahirkan berbeza aspeknya tapi sama rohaninya. Ada juga hamba lihat diluar sana sikap 'abang' 'pak cik' 'mak cik' yang bersikap seperti adik adik yang berlari bersuka riang manakala pernah juga hamba lihat, adik-adik yang bersikap seperti orang dewasa. Hendak lihat contoh 'abang' 'pak cik' 'mak cik' yang hamba sebut diatas?. Lihat sahaja di television. Hiburan yang menterbalikkan pemikiran manusia, bukan sahaja didalam television malah ianya memberi kesan pada penontonnya juga.

Usia Dan Fikiran, Manakah Ilmu?

Memang benar, orang yang berusia ini pengalaman mereka lebih banyak dari yang muda. Ianya satu kelebihan bagi yang muda untuk belajar lebih awal dan lebih bersedia akan masa depan dengan kita belajar dari pengalaman susah senang pahit mereka. Tetapi dalam sesuatu itu yang menjadikan ianya kurang enak dimana pengalaman atau ilmu yang dikatakan lebih tua ini menjadikan ego mereka tinggi menggunung. Menjadikan mereka tidak pernah salah dan tahu akan semuannya. Ianya salah begitu.  Ilmu itu datang dari mana?. Adakah dari usia ataupun pemikiran seseorang?. Kita lihat contoh diatas iaitu didalam kelas, semuanya belajar subjek yang sama pada waktu yang sama, tetapi tidak semua dapat memahami perkara yang sama. Sebab apa?. Sebab pemikiran mereka, cara mereka berfikir untuk memahami perkara tersebut. Setiap orang akan mempunyai cara yang tersendiri dalam memahami satu perkara dan ini dapat menyerapkan ilmu dari pemikiran itu. Cuba kita duduk sahaja didalam kelas itu sehingga tua tanpa berfikir. Adakah boleh kita berkata 'Aku sudah lama duduk dikelas itu, jadi aku tahu semua perkara'. Walhal dia hanya duduk sahaja. Jadi, usia atau fikiran?.

Hormat Dan Fahami

Tidaklah bermaksud jika muda mempunyai lebih ilmu makan ianya kurang ajar atau mahu mengajar yang lebih berusia yang kononya lebih tahu segalanya. Mengapa perlu ada sikap 'aku besar, akulah segalanya' sedangkan ada lagi yang mengetahui. Yang muda hormat yang tua, yang tua hormat yang muda. Saling hormat menghormati. Tidaklah begitu lebih elok. Tatkala hormat menghormati itu ada, akan tertimbulnya perasaan faham memahami sesama untuk bersama belajar dan menjadi lebih baik lagi. Bukanlah yang tua sahaja perlu mengajar yang muda sehingga yang salah juga diajarnya, yang muda pula perlu menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Tidak begitu. Perlukan sikap dimana pengajar juga boleh belajar dari pelajar untuk kesenangan bersama. Tidak kisahlah jika anda itu professor, doktor atau sebagainya, jikalau anda berasa anda sudah tinggi ilmu sehingga tidak mahu menerima pendapat orang lain. Anda tidak layak memegang nama sebegitu kerana Khalifah terdahulu pernah ditegur oleh sahabat apatah lagi kita ini yang hanya nama sahaja yang panjang.

Fahamilah orang lain, tidak kisah tua atau muda. Fikirlah tentang mereka, apatah lagi jika dalam memberi ilmu dan pendapat sesama kita. yang muda mahupun yang tua. Mungkin sukar untuk yang berusia menerima tapi sukar juga untuk yang muda menerima jika orang yang lebih berusia tidak mahu menerima. Kerana tiap-tiap sesuatu yang diterima oleh orang itu berbeza dan mungkin yang lebih muda lebih merasa dari sesuatu yang lain manakala yang tua juga lebih merasa dari sesuatu yang lain. Jika bersama mengambil intipati akan sesuatu itu, dua-dua pihak akan mendapat faedahnya.

Bukalah minda, bukalah hati untuk menerima teguran dan mengeluarkan pendapat. Tiap-tiap teguran itu untuk dijadikan pembelajaran bukan dijadikan satu aset penebalan keegoan. Manakala tiap pendapat itu mengajar diri sendiri malah berkongsikan pada yang lain agar ilmu itu tersebar dengan lebih meluas kerana tiap kita ini menerima sesuatu itu dari perspektif yang lain dimana mungkin dapat membuka pandangan pada orang lain agar lebih memahami dan lebih mempelajar akan sesuatu lebih mendalam. Kadang kala apa yang difahami oleh orang lain lalu disebarkan akan memberikan kita peluang untuk kita lebih faham dari apa yang difahami. Bayangkan ianya satu sistem MLM yang meluas, daripada satu ilmu yang kecil lalu disebarkan. Ianya akan berlaku jika tiadanya EGO dari USIA. :)

5 comments:

  1. umur kadang kadang melambangkan org yg matang.. kadng2 tak.. depend pada org tuh..
    life dia.. hati dia.. dan lain lain..

    ReplyDelete
  2. benar, tapi tak semua orang berfikiran begitu.. kenapa ye..

    ReplyDelete
  3. Kekadang terpaksa juga akur pada pandangan orang yang kurang makan garam dari kita

    ReplyDelete
  4. kita patut buka utk terima pendapat dari sesiapa dan belajar darinya supaya tak rugi. :)

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014