5/02/2013

Pendirian Diatas Kaki Sendiri


Assalamualaikum, Alhamdulillah. Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir – wahai tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yg engkau turunkan. Pendirian Diatas Kaki Sendiri. Dalam kehidupan kita ini, setiap masa, setiap langkah kita buat keputusan. Dari bangun tidur, sampai tidur. Dari lahirnya kita dapat akal sehingga ke akhir nafas kita. Setiap saat itu kita melakukan keputusan tanpa kita sedar. Dari mana datangnya keputusan yang kita sendiri tak terfikir tapi kita sendiri sudah membuat keputusan tersebut. Sebagai contoh, bangun tidur, apa kita lakukan?. Mandi?. Tidak semua orang bangun tidur mandi, mereka ada juga buat kerja lain. Tapi keputusan kita memilih untuk mandi sebab datang dari pendirian kita, mungkin kita lebih suka mandi untuk menyegarkan badan. Sebab pendirian kita.

[title text="Pentingkah Pendirian?"]

Menurut hamba, pendirian ini sangat-sangat penting dalam diri. Sebab ianya merangkumi pelbagai perkara. Dari agama, kita disuruh untuk berpendirian kan islam iaitu menyembah Allah sahaja dan menegakkan agamaNya. Itu sudah semestinya ada dalam diri. Pendirian tersebut jika lemah dalam diri, maka, lemah lagi pendiriannya yang lain.

Pendirian sebenarnya membantu kita dalam sesuatu perkara yang melibatkan pilihan. Tidak kira samada mahu memilih atau mahu bertindak. Setiap perkara itu perlukan pemikiran dan pendirian. Tetapi jika kita berasa was-was, tidak yakin, apakah sesuatu yang kita lakukan itu akan berjaya. Cuba kita lihat sahabat dahulu, adakah mereka melakukan keputusan dengan mengikut hawa nafsu dan agak-agak sahaja?. Tidak!. Mereka ada pendirian yang dibina dari Islam, Ilmu Quran dan pelbagai yang dipelajari. Pendirian yang dibina dari ilmu lalu ditafsirkan kepada tindakan yang tepat.

Pendirian Dan Ilmu

Dari ilmu, ianya akan mengajar kita untuk bertindak, membina satu pendirian yang benar. Tidak ilmu pun boleh ada pendirian, tapi tidak akan sekuat pendiran yang berilmu. Bayangkan pendirian itu satu bangunan dan ilmu itu satu cerucuk yang memegang rumah tersebut agar lebih kukuh. Memang mustahil untuk membina rumah sahaja, akan tetapi kita perkara buruk berlaku maka akan mengakibatkan kesan yang buruk.

Pendirian yang berilmu akan memandu dan melindungi dari anasir-anasir di luar yang kian banyak. Kadang kala satu perkara yang disebut oleh orang lain, akan membuatkan diri kita menjadi huru hara, kerana apa?. kerapa kurangnya ilmu dan tidak kukuhnya pendirian kita. Tatkala seseorang yang berpendirian berilmu, apa jua perkara yang datang, mereka dapat melawan dan malah dapat mengukuhkan lagi pendirian mereka untuk terus tegak atas kaki sendiri.

Risiko

Dari pendirian kita, tidak kisah berilmu atau tidak. Akan ada satu lagi perkara yang menjadi penimbang kita. Risiko. Risiko dalam sesuatu tindakan atas pendirian kita yang mempengaruhi pemilihan atau tindakan kita. Dalam setiap tindakan atau pemilihan kita sendiri akan ada risikonya sendiri. Malah, kalau kita bangun tidur, nak memberus gigi itu pun ada risikonya, risiko tersalah ubat gigi, risiko terjatuh bilik air, risiko salah berus, macam-macam lagi risiko.Mungkin kita akan berkata,
Pilihan nak berus gigi lain, risiko dia tak tinggi mana, macam mana pula pilihan yang besar?. Melibatkan masa depan?

Cuba kita lihat, dari kita kecil, bayi, sampai kita besar, macam mana kehidupan kita?. Adakah sama macam kita hidup dahulu?. Tidak bukan?. Setiap perkara itu, walau bagaimana kita cuba pun, tetap akan berubah, berubah dari satu ke satu perkara. dari kecil ke besar, yang besar boleh jadi kecil. Namun perubahan itu sebenarnya apa?. Perubahan yang mengajar kita sebenarnya, perubahan yang mungkin kita akan nampak ianya besar sekarang, akan tetapi, cuba kita lihat ke masa depan, ianya berdasarkan risiko kita sendiri yang memilihnya. Sebagai contoh, ketika kecil, kita memilih mainan, satu pemilihan yang sukar, kerana memang minat kita akan permainan, saban hari, kita ada pendirian yang dari dahulu sukar kita memilih, akhirnya akan memberikan kita satu pilihan yang kita pilih atas pendirian yang terbina dari sesuatu yang kita belajar sukar dahulu.

Apa kena mengena melibatkan dengan masa depan?. Dari kecil dahulu dimana kita sukar membuat pilihan masa depan, ada kita terfikir akan masa depan?. Sedar tidak pemilihan yang kita buat ketika kecil itu sebenarnya besar juga risikonya, mana tahu permainan yang silap akan memberikan kemalangan, tidakkah melibatkan masa depan?.. Sebenarnya ianya semua bergantung pada bagaimana perspektif kita dalam mengendali risiko tersebut.

Ya, sukar untuk kita fikirkan, macam-macam kita akan fikirkan, tapi dari situ perlu ada pendirian dan ilmu untuk menjadi pemandu kita. Bagaimana kita melihat risiko tersebut?. Sesuatu yang buruk?. Setiap perkara ada risiko sendiri. Takutkan risiko, apakah hidup ini?. Mungkin kita nampak ianya besar, akan tetapi sebenarnya kita tidak melengkapkan diri kita dengan ilmu dan pendirian. Ilmu dan pendirian memandu kita dalam menghadapi kita akan risiko tersebut. Seperti kita belajar di sekolah, risiko untuk gagal dalam peperiksaan ada, Ya, kita takut, tapi apa kita buat?. Kita belajar dan dari belajar akan terbinanya pendirian kita untuk kita hadapi risiko takut itu. Kita hadapi juga risiko tersebut sungguh kita tahu apakah risikonya. Usaha kita untuk menuntut ilmu itu juga akan membinakan kita pendirian untuk kita mencipta pendirian dalam diri

Berserah

Dalam konsep berserah sebenarnya, merangkumi ilmu, dan pendirian. Dimana, ilmu yang ada akan menetapkan pendirian itu lalu menghadapi risiko. Siapalah kita ini jika bukan hanya manusia biasa. Kita sudah cuba, kita sudah usaha, akhirnya kita berserah. Kita tahu risiko baik dan buruknya. Akan tetapi jika kita telah lakukan terbaik. Insya-Allah kita akan dapat yang terbaik. Allah tidak akan mengniayai hambanya sendiri. Apa kita buat, itu kita dapat. Kalau tidak usaha, manalah datang hasilnya. Jika tidak menjadi juga atas apa kita usaha, itulah namanya risiko, risiko yang kita perlu terima atas apa yang kita lakukan, baik buruknya. Apapun setiap perkara itu ada hikmahnya, hikmah yang mengajar kita atas apa kita usaha.

Teguhkan, binalah pendirian kita, berasakanlah ilmu yang benar. Ilmu sebenarnya penyuluh jalan malah penegak pendirian kita. Jika kita lihat, ramai ada pendirian sendiri, yang benar ada, yang pendirian yang salah juga ada. Tapi kita perlu adakan pendirian kita yang berdasarkan ilmu yang benar agar dapat melindungi diri kita dari pendirian mereka yang salah. Jangan takut untuk mengambil risiko akan sesuatu, sebab takutnya risiko kerana kurangnya pendirian kita. Tegakkan pendirian kita untuk hadapi risiko. Usah takut akan masa depan, akan tetapi kita ada ilmu, pendirian, usaha, yang meneguhkan kita akan risiko bakal hadapi. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dalam ilmu yang benar, menjadikan pendirian kita kukuh dan memberikan hasil dari usaha yang kita sandarkan dari ilmu dan pendirian. Insya-Allah. Wallahualam. :)

2 comments:

  1. Keyakinan sangat penting bagi membentuk sebuah keperibadian.

    ReplyDelete
  2. benar, bila kita yakin, akan wujudnya pendirian untuk diri kita hadapi banyak perkara.. :)

    ReplyDelete

© Titian Tajdid 2014