7/29/2013

Sikap Kita Suka Melabel


Tatkala melihat perangai tiap-tiap manusia, tidak lari dari azali lagi akan diri yang suka akan melabel-label. Jika orang itu begini, kita akan berkata begini. Dan yang lebih teruk dan parahnya ialah tatkala ianya melibatkan kafir-mengkafir sesama manusia. Lebih teruk dan parah dan lagi teruknya ialah tatkala melabel langsung tidak tahu menahu apa yang yang dimaksudkan dengan label tersebut.

Bagai lembu dicucuk hidung

Lembu tidak bersalah dalam hal ini. Tetapi sikap manusia yang membuatkan lembu dipersalahkan dalam pengunaan namanya untuk sikap buruk manusia. Lihat sahaja lembu dimana jika kita cucuk hidungnya, akan diikutnya jua kemana perginya kita. Itulah adanya sikap diantara manusia ini. Bukan hendak merendahkan ciptaan Allah S.W.T, tetapi manusia itu sendiri yang merendahkan diri mereka. Antara sikap yang ditonjolkan ialah dengan mengikut sahaja apa orang cakap, ia pun percaya. Langsung tidak berfikirkan kelogikan dan kesahihah sesuatu perkara itu. Sungguhpun sudah terang lagi bersuluh akan kesalahannya. Mungkin bukan salah mereka, tapi mereka kurang menuntut ilmu untuk diberi cerahan dalam diri, malah tatkala hanya bergantung pada manusia untuk diberi pencerahan manakala pencerahan itu salah, maka di ikutlah yang salah intu. Tetapi kerana terlalu sangat percaya, maka akal logik dan ilmu ditolak tepi. Seterusnya daripada ini, maka tercetusnya kaitan berikutnya.

Terlampau Taksub Pada Sesuatu

Jika hendak disebut tentang ketaksuban, luas maksudnya, dari segi taksub mazhabnya, ustaznya, orangnya, kepercayaannya dan banyak lagi. Tetapi saya nak masukkan dalam taksub ini kerana ianya membabitkan ketaksuban itu menjadikan seseorang itu buta lalu ikut sahaja seperti disebut diatas. Sungguhpun tidak ketahui akan kebenarannya. Lalu menyumbang kepada salah satu faktor melabel label. Sesetengah orang tatkala orang tersebut melabel, maka mereka pun melabel. Dek kerana mereka terlampau taksub akan seseorang sehingga lansung tidak mahu mengkaju kebenaran yang mana 1 benar. Lebih malang dengan ikutannya itu ianya salah. Dan lebih menguntungkan kepada orang yang difitnah lalu mendapat pahala dari fitnahan dan tuduhan dari orang yang tidak tahu menahu dari pengikutan yang terlampau taksub.

Antara yang menjadi populariti melabel orang sekarang ini ialah antaranya macai, wahabi, bodoh, bangang dan sebagainya. Rasulullah sendiri tidak mengajar umatnya untuk melabel setiap orang yang bersalah. Malah beliau memberikan pengajaran dari sikap tersebut. Andai kita memanggil orang itu wahabi, tapi apa kita dapat?. Kita tahu kita melabel orang dan menyebarkan fakta yang salah. Itukah islam?. Antara yang lain tatkala melibatkan politik, pelbagai tomahan, maki hamun, kafir mengkafir antara sesama islam malangnya. Islam itu luas, sejahtera, tetapi sikap yang suka melabel sehingga mengotorkan nama islam itu sendiri. Agama lain?. bertepuk tangan akan sikap kita begini. Tidak malukah?.

Akibat nafsu, kurang didikan ilmu itu, mudah sangat melabel orang itu ini tanpa bukti yang sahih lagi kukuh. Malah dengan ikutan. Itu sangatlah menyedihkan. Lagi sedih apa yang dilabelkan pada orang itu, lansung tidak tahu menahu akan maksudnya. Banyak kita lihat sekarang, orang yang suka melabel ini ialah akibat mereka terlampau taksub akan sesuatu perkara sehingga pendirian mereka yang melabelkan orang membuatkan mereka sahaja yang benar.

Kaji selidiklah akan sesuatu perkara sebelum melabel orang tersebut. Andai sudah terang akan kekafirannya, murtadnya, sudah disebut dilakukan secara terang dan penuh bukti. Barulah kita boleh memandang orang itu sebegitu. Yang menjadi salahnya ialah untuk sesetengah mereka yang tidak tahu menahu makna label tersebut, dan terus sahaja dengan mudah 'share' dan naik angin 1 bandar dengan tomahan dan cacian. Gitukah kita nak mencerminkan islam ini?. Memalukan.

Kurangkanlah untuk kita melabel, malah jangan lah kita terlampau lurus bendul dalam sesuatu hingga nampak kebendulan dalam diri akan kelurusan diri untuk menerima sesuatu yang salah. Didiklah diri ini dari melabel dan belajarlah dari orang lain. Tidaklah manusia ini maksum yang dipelihara dari dosa melainkan rasul-rasul terpilihNya. Kita ini apa kurangnya dosa, apa kurangnya kecelakaan dan kesilapan. Jangan mudah nampak kesilapan orang, lalu diludah-ludah akan kejijikkannya tanpa kita sedari sebenarnya kita meludah dikaki sendiri.

Sesetengah orang tidak nampak dalam sesuatu perkara itu mereka boleh belajar. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Sebaliknya mereka hanya amik yang keruh lalu ditelan sampai kenyang, yang jernih habis hanyut. Jika pun seseorang itu tersilap, jangan mudah kita melabel, belajarlah dari kesilapan mereka dan elakkan diri kita dari jadi sebegitu. Jangan kita melabel, walhal diri sendiri yang menjadi sebegitu. Melainkan jika sudah terang sangat akan kekafirannya, kesalahannya melanggar setiap pelusuk agama ini. Agama ini luas, jangan kita sempitkan ia. Barulah kita boleh berkata orang itu salah. Semoga kita diperlihara oleh Allah dari dilabel dan suka sangat melabel orang tanpa ilmu. Pupuklah ilmu biar sedikit agar kita tidak menjadi lurus bendul dengan mudah melabelkan orang dan lebih buruk mengkafirkan sesama islam. Usah terlampau taksub akan sesuatu, tetapi binalah pendirian dalam diri untuk kita menilai akan sesuatu itu untuk lebih nampak yang manakah lebih benar, yang manakah salah.Wallahualam

© Titian Tajdid 2014