5/18/2016

Interaksi Perihal Agama Di Internet



Pernah dengar 'keyboard warrior'. Istilah yg digunakan oleh sesetengah pihak untuk memberi kenyataan bahawa orang yang 'berani' dan 'cekal' berkata-kata. Salahkah jadi keyboard warrior?. Apakah perspektif yang kita boleh lihat dari keyboard warrior ni?. Pada saya, ianya boleh dilihat dari 2 perspektif, Positif dan negatif, nak ikutkan semua perkara perlu dilihat begitu, tapi untuk masa sekarang ni, kita fokus pada keyboard warrior dahulu sebab berdasarkan dari tajuk, kita interaksi perihal agama didunia internet dari hanya menaip dan orang lain membaca.

1. Positif: Apabila orang yg berkata itu memang betul2 ingin menerangkan berdasarkan ilmu dan pengetahuan yg pasti kesahihannya, maka lahirlah ayat dan petikan yg panjang2.

2. Negatif: Apabila wujudnya manusia yg hanya tahu copy paste dari sesetengah pihak, tanpa memahami setiap inci dari ayat pihak itu, lalu diterjemahkan kepada bahasa sendiri tambahan caci maki dan perspektif yg sangat kecil.

Jadi, bagaimana pula interaksi mengenai Agama tatkala didunia internet ni, apa kaitan dengan keyboard warrior?. Dari sini kita lihat konteks yang lebih luas. Pernah dengar 'interaksi badan ketika bercakap' ?. Apa keperluannya?. Ianya menjadi satu keperluan untuk kita yang menDENGAR dan MELIHAT dapat memahami dari pelbagai sudut dengan melihat dan mendengar ketika berinteraksi sesama manusia lalu kita faham dan berfikir. Sebagai contoh, saya menerangkan tentang rekaan kereta pada seseorang untuk mencari pelabur, saya akan bersungguh mereka model dan menerangkan dengan bersungguh-sungguh, bila orang yang lihat tu dia dpt dengar dan lihat interaksi kita dan memahami kita sememangnya bersemangat dalam mencari pelabur, maka orang yang mendengar akan lebih faham dan lebih 'nampak'. Itu pentingnya fizikal interaksi dari mulut, gerak geri badan, orang yang lihat akan cuba fahami dari perbuatan dan percakapan kita. Tambahan kita juga boleh bertanya pada waktu yang sama dan kesan emosi itu terhad.



Bagaimana dari sudut internet?. Kita kehilangan banyak interaksi, antaranya interaksi MELIHAT, tidak dapat melihat gerak geri orang yang cuba menyampaikan mesej pada kita, interaksi MENDENGAR, kita tidak mendengar, tapi hanya membaca sahaja. Apa pula emosi kita waktu membaca itu?. Jika marah, sudah mesti kita terganggu walaupun ayat itu hanya gurau sahaja. Terlampau banyak sangat kekurangan dalam interaksi di dunia internet tambahan hanya melihat pada ayat. Kita kehilangan hubungan emosi, melihat, mendengar, memahami apa yang orang lain cuba untuk sampaikan. Itu semua sangat penting dalam mencapai kefahaman 2 pihak dalam interaksi tambahan dalam sudut agama yang banyak perkara perlu diterangkan bukan dengan hanya bercakap TIDAk dan YA sahaja mencukupi. Contohnya jika saya berkata, "bodohnya orang yang buang sampah merata". Akan ada juga orang yang membaca dari sudut "kenyataan ini betul", ada juga sudut "kenapa nak maki hamun?" dan pelbagai lagi. Melainkan jika saya bercakap dalam keadaan secara langsung, intonasi saya berckp itu dalam keadaan lawak atau bersahaja, kemungkinan orang untuk memandang negatif itu rendah berbanding dengan hanya membaca di internet.



Mengaku saja, statement yang panjang, tambahan di internet, yang akan dibaca hanya 2 3 baris pertama lalu di nilai macam-macam tanpa memahami keseluruhan petikan.  Pada saya, untuk berkata mengenai Agama boleh dibincang, tapi perlu kena dengan cara dan penerangan, si pembaca PERLU membaca keseluruhan petikan penerangan dan memahami. Perselisihan di internet kebanyakkannya disebabkan perselisihan faham 2 pihak yang tidak mengambil faktor dalam memahami ketika hanya membaca dan tidak memahami dari struktur yg besar dalam sesuatu topik tambahan lagi apabila agamawan yang hanya memberikan jawapan yang tersangat ringkas lalu si pembaca hanya membaca dan memahami dari perspektif dia sendiri yang mana mungkin ad silap dan kemungkinan emosi yang tidak stabil mempengaruhi keputusan dari jawapan yang singkat. Itu SALAH. Banyak kekurangannya dalam interaksi di internet melalui teks sahaja. Jika sesuatu yang serius dan sensitif adalah lebih baik bercakap secara 'live' agar kita dapat menggunakan semua faktor komunikasi sebaiknya.  Sekian

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014