5/26/2016

Restriction At This Time


Dalam zaman serba canggih lagi membangun ni, banyak perkara yang tiada batasan. Segalanya di hujung jari. Resepi?. Google. Informasi?. Google. Termasuklah jua segala perkara yang terlarang manusia akan mencari. Bila kita dengar perkataan 'Tidak Boleh", apakah yang pertama terlintas di kepala kita?. Adakah bermaksud disitu tahap kita atau kita perlu mencari jalan lain. Bagaimana jika ianya hanya pada satu tahap sahaja?. Bagaimana pula jika ianya ada jalan lain?

Pada pendapat saya, zaman kini bukan lagi sama seperti zaman dahulu. Terutama sekali dalam pembesaran anak-anak yang sangat aktif lagi dizaman penuh teknologi ini. Antara kesilapan yang boleh kita nampak dari kata TIDAK kepada anak, ibu bapa hanya sampai tahap itu sahaja. Tiada tindakan lanjutan dari keputusan TIDAK itu. Kita berada ditahap milennium dimana budak-budak lebih bijak dari dahulu. 


Teringat dulu, umur 7 tahun, apa yang reti?. kurang pengetahuan. Sekarang?. umur 7 tahun sudah lebih maju malah lebih berpengetahuan dari kita dahulu. Jadi, tindakan TIDAK itu sebenarnya untuk kita dahulu yang tiada apa-apa, tetapi untuk anak-anak sekarang yang terlampau banyak ilmu dari segala sumber, mereka akan mencari jalan lain, bukan hanya menerima Tidak sebulatnya. Disitulah tindakan ibu bapa yang mendidik untuk mencari jalan juga malah mengerahui apakah jalan untuk anaknya daripada dengan Tidak itu.


Sebagai contoh, Anak suka minum air bikarbonat, kita melarangnya, adakah sampai situ sahaja?. Sebagai manusia kita akan mencari jalan lain jika disekat, jika ada, mungkin itu keselesaan pada diri sendiri.Apa inisiatif kita supaya anak yang memilih jalan tidak memilih jalan yang tidak betul?. Jika mereka tersilap, adakah kita terus memarahnya dan mengatakan Tidak dan itu sahaja?. Wah, tidakkah mudah membesarkan anak?

Jika kita sedih, apa kita cari?. kegembiraan. Lapar?. Makanan. Mengantuk?. Tidurlah. Kita manusia ada reaksi terhadap apa jua yang berlaku, minda kita berfikir. menjadikan diri kita lebih kreatif dan bukan hanya terima bulat-bulat sahaja. Kita juga hendak anak yang bijak dan kreatif bukan?. Tapi kenapa kita menghalang mereka berfikir dengan berkata Tidak dan Marah sahaja. Adakah lebih elok jika kita membimbing dan berkata tidak kepada yang salah. Lagikan zaman teknologi ini, segalanya di jari, mereka tidak suka, mereka mencari kawan di internet, tidak perlu susah-susah untuk keluar mencari kawan, mereka hendak mengetahui sesuatu?. Cari sahaja di telefon dan komputer mereka, Dapat sahaja jawapan apa yang mereka hendak.


Masalah ibu bapa sekarang ini, ada segelintir yang tidak mahu belajar dan mengadaptasikan pembesaran anak dengan cara zaman berubah malah ikut sahaja cara yang lama. Kemudian apabila anak itu membuat kesilapan salah, anak sahaja yang dipersalahkan, tidaklah salah jika ibu bapa juga belajar cara hidup zaman ini. Jika mereka kata zaman dahulu boleh hidup dengan makan gandum sahaja, bolehkah sekarang?. Tahukah cuaca sekarang bagaimana?. Tahukah aktiviti zaman sekarang bagaimana?. Adakah zaman sekarang masih lagi kita minum air hujan begitu sahaja?. Sedangkan air paip itu sendiri perlu ditapis untuk minum, apatah lagi air hujan sekarang ini. 


Mengapa perlu ada konsep zaman dahulu dan sekarang sama?. Mengapa kurang rasa evolusi didalam pemikiran orang-orang tua kita?. Jika semua berfikiran tidak berevolusi, tidak kereta pada zaman ini, tiada roket yang akan terbang keangkasa. Zaman sekarang ini lagi mencabar untuk ibu bapa mendidik anak-anak dengan kebebasan teknologi dan bukan hanya berkata TIDAK sahaja, tetapi bersama berfikir apa jalan selepas TIDAK agar mereka tidak silap membuat keputusan,

0 comments:

Post a Comment

© Titian Tajdid 2014