Pengenalan

Assalamualaikum, Alhamdulillah, siap sudah blog yang aku inginkan. Sungguh selama ni memang banyak blog yang sudah dicipta tapi masih ragu-ragu hala tujunya dan akhirnya gelap. Tetapi tergerak hati untuk menaip dan menulis di blog sendiri atas inspirasi pelbagai blogger berjaya seperti Ariff Shah, Ben Ashaari, Denaihati, Imran Koyube (iluvislam.com) dan ramai lagi. Kagum melihat kejayaan mereka dalam blogging ini, bukanlah wang yang dicari tapi kepuasan dalam setiap yang disampaikan. Sememangnya niat ingin menyebarkan setiap apa yang ada diblog ini ke dunia luar sangat-sangat mendalam dan insyaAllah boleh jadi. Kerana tiada yang mustahil.

Dalam blog ini, insyaAllah tiada kutukan, kritikan atau segala caci makian yang boleh memberikan impak negatif pada satu pihak atau sebaliknya. Akan tetapi sekadar kongsian coretan hidup untuk bersama dikongsikan jadi tauladan dan mana tahu jika perkara yang dikongsikan itu biarpun kecil akan tetapi besar impak pada seseorang. Tidak mustahil.

Misi ialah untuk teruskan blog ini walaupun kadang kala agak buntu untuk mengemas kini kerana memikirkan pelbagai aspek dari segi penulisan, hak dan sebagainya. InsyaAllah tiada yang tidak elok akan dikongsikan. Blog ini asalnya dari blogspot dan Alhamdulillah siap dibina dan diinspirasikan semula pada 11/5/2012 setelah siap pemindahan hosting dan domain . Akan terus dengan blog ini dan semoga menjadi satu platform untuk bersama membaca dan mengisi masa dengan perkara lebih baik. :) Segala persoalan dan permasalahan sila emailkan kepada sil3nt.m3@gmail.com atau hubungi di laman facebook dibawah.

Sebarang gambar, video atau sumber digital di ambil dari koleksi persendirian ataupun dari carian Google, Yahoo, Youtube dan sebagainya. Didalam blog ini hanya pendapat dari penulis dan tidak semestinya dijadikan pegangan hidup pembaca. Sudah semestinya diblog ini tidak akan mengeluarkan sebarang fatwa atau hukum kecuali berdasarkan rujukan yang sahih - Ustaz/Ustazah yang bersandarkan Al-Quran Dan Hadis. Sebarang masalah, pendapat, pertolongan atau apa-apa sekalipun. dengan hati terbuka sila hubungi di sil3nt.m3[at]gmail.com. Sekian. Assalamualaikum.
Syazani Said
 

1 comments:

© Titian Tajdid 2014